Friday, January 24, 2014

PERBANDARAN, KEMUDAHAN SOSIAL SERTA PROGRAM  MASYARAKAT DI KAWASAN KEJIRANAN


Oleh:  Habsah Hashim dan Yusfida Ayu Abdullah
dalam buku berjudul “Perancangan dan Pembangunan Bandar, edited by Hazlina Hamdan and Syed Mohd Hassan Syed Subli, Penerbit UiTM, pp. 39-71.

Pengenalan

Kepentingan perbandaran dalam tamadun manusia telah diutarakan oleh ramai pengkaji (Davis 1965, Hauser 1965, Sjoberg 1973 dan Reissman 1970). Davis (1965) menyatakan bahawa masyarakat bandar melambangkan satu tahap baru dan utama dalam evolusi kehidupan manusia.  Perbandaran telah di anggap sebagai satu proses sosial yang telah menghasilkan perubahan besar dalam cara hidup manusia (Hauser 1965).  Sepanjang sejarah manusia, perbandaran merupakan satu fenomena yang telah berlaku di negara dunia pertama dan akan terus berlaku dikebanyakan negara.  Walaupun bandar telah wujud sejak era pra-industri, perbandaran dikalangan masyarakat Barat bermula pada akhir kurun ke 18 dengan Revolusi Industri dan sejak dari itu, proses perbandaran terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. 

Kehidupan masyarakat di kawasan bandar adalah berbeza dari kehidupan masyarakat di kawasan luar bandar atau desa.  Dengan meningkatnya kadar perbandaran, terdapat satu keperluan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat di kawasan kejiranan masa kini terutama di bandar-bandar kerana kawasan kejiranan dianggap sebagai “… the most important urban element that establishes the social and economic sustainability of the area, providing the community ties which hold it together...” (unsur bandar paling penting yang mewujudkan kemampanan sosial dan ekonomi sesuatu kawasan, menyediakan hubungan masyarakat yang menjamin perpaduan) (Neal, 2003: 8).  Dalam aspek ini, penyediaan kemudahan sosial serta perancangan dan perlaksanaan pelbagai program masyarakat merupakan kriteria-kriteria yang perlu untuk kesejahteraan penduduk. 

Dengan menggunakan kawasan-kawasan kejiranan di Shah Alam tengah bagi pemerhatian serta analisis, bab ini menerangkan pelbagai kemudahan masyarakat serta program sosial yang terdapat diperingkat kejiranan sebagai contoh bagi kawasan kejiranan di kawasan bandar.  Permulaan bab ini menghuraikan latarbelakang teori mengenai perbandaran dan kejiranan serta latarbelakang ringkas mengenai Shah Alam.  Seterusnya, perbincangan mengenai penyediaan kemudahan sosial yang disediakan, program sosial yang dianjurkan serta aktiviti kemasyarakatan diperingkat kejiranan di Shah Alam tengah dibentangkan. Untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang harmoni serta mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat, beberapa prinsip serta langkah perancangan kawasan kejiranan bandar digariskan di akhir bab ini.    

Perbandaran dan Kawasan Kejiranan


Di Malaysia, proses perbandaran yang berlaku bukan sahaja melibatkan perkembangan industri dan komersial, tetapi juga telah menggalakkan penghijrahan di kalangan penduduk.  Perbandaran merupakan suatu proses penubuhan dan perkembangan bandar, dan perkaitan yang paling rapat dalam hubungan ini ialah pertambahan penduduk di kawasan bandar hasil daripada penghijrahan dan perubahan dalaman, di samping pertambahan ruang atau kawasan bandar itu sendiri. 

Definasi Perbandaran

H.M. Dahlan (1997) mendefinisikan perbandaran sebagai, satu proses perubahan yang berkait langsung dengan perkembangan dan peningkatan ekonomi bandar, juga dirujuk sebagai perluasan dan peningkatan pasaran.  Pengertian tersebut mempunyai persamaan dengan definasi yang diberikan oleh Goh (1991 : 12), iaitu “Urbanisation is a process of becoming urban. Urbanisation is then defined as a process of growing population concentration whereby the proportion of the total population which is classified as urban is increasing (Perbandaran ialah satu proses menjadi bandar. Perbandaran juga merupakan proses peningkatan penumpuan penduduk, di mana kadar penduduk yang diklasifikasikan sebagai penduduk bandar bertambah).

Sha’ban (1997 : 100) memetik penjelasan Rahman yang menjelaskan definisi urbanisasi sebagai ““the process of change in the growth and socio-economic characteristics of urban centres as a result of the increasing concentration of population and economic activities in urban areas over time”.  Definasi ini membawa maksud bahawa perbandaran adalah suatu proses perubahan yang melibatkan ciri-ciri pertumbuhan dan sosio ekonomi di sesuatu pusat bandar hasil daripada pertambahan dan pemusatan penduduk dan aktiviti ekonomi di bandar. Dan lanjutan daripada peningkatan penduduk yang berlaku di bandar serta penghijrahan masuk bagi mendapatkan pekerjaan, kemudahan dan sebagainya, maka ia seterusnya menyokong aktiviti di bandar itu sendiri.  Manakala perbandaran didefinisikan oleh Detwyler dan  Marcus (1972 : 6) sebagai  “ ... the process of city establishment and growth; the term commonly connotes population increase in the city, resulting form both internal growth and immigration, as well as spatial expansion of the city”.  Menurut (Sennett 1969), bandar adalah sebuah struktur sosial yang menggalakkan kepentingan diri (dari segi sosial) serta inovasi, justeru menjadi alat perubahan dalam sejarah tamadun manusia.  Sehubungan itu, Fashbir Noor (2000) menjelaskan bahawa masyarakat industri sangat mementingkan pengetahuan dan keterampilan sains dan teknologi, sistem pendidikan dan juga struktur pekerjaan yang mana ia memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja mengikut taraf teknologi.  Oleh itu, masyarakat industri sememangnya berkait rapat dengan perbandaran serta melibatkan penghijrahan penduduk yang berpunca daripada perkembangan bandar.
                                              
Dear dan Scott (1981: 9-10) menyatakan terdapat dua peringkat dalam proses perbandaran iaitu:  “Pertama ia sebagai membentuk sistem di bandar di mana melibatkan proses perubahan dan juga penghijrahan.  Kedua ia sebagai mewakili setiap individu di bandar meliputi sistem fizikal (awam dan swasta), fungsi kawasan dan juga lokasi”.   Menurut Detwyler dan Marcus (1972), perbandaran merupakan proses penubuhan sebuah bandar dan pertumbuhannya.  Ia biasanya dikaitkan dengan penduduk di bandar hasil daripada pertumbuhan dalam sesebuah bandar  hasil dari berlakunya penghijrahan. 

Paquout sebagaimana dipetik oleh Graham dan Marvin (200: 379) pula melihat perbandaran sebagai “more than a demographic, quantifiable phenomenon: it is civilization and civilization determines our ways of living”.   Dari sudut ini, perbandaran tidak harus dikira melalui demografi dan jumlah penduduk semata-mata, sebaliknya ia berkait dengan peradaban atau ketamadunan, dan keadaan inilah yang menentukan cara hidup kita.

Terdapat banyak perbezaan di antara kawasan bandar dan kawasan desa sebagaimana digariskan oleh (Fischer 1976).  Pertama, bandar adalah seni, artifak dan buatan manusia; tinggal di bandar bermakna tinggal di persekitaran buatan meskipun persekitaran tersebut adalah sesuatu yang artistik dan intelektual.  Kehidupan di desa adalah asli, lebih hampir kepada alam semulajadi dan organic.  Kedua, desa dikaitkan dengan perkara-perkara serta kenalan yang menjadi kebiasaan dan juga dikaitkan dengan kampong halaman; manakala bandar adalah sesuatu yang baru, berbeza serta dipenuhi dengan perkara-perkara yang sukar diduga serta manusia yang sukar difahami.  Perbezaan ketiga berkait dengan kawalan sosial, dimana komuniti dikaitkan dengan kehidupan desa dan sikap mementing diri dikaitan dengan kehidupan bandar.  Desa dipenuhi khazanah nilai-nilai utama dan cara hidup tradisi, kesusilaan, agama, hidup berjiran serta ketaatan pada negara.  Bandar pula adalah tempat di mana cabaran, perkara yang belum diuji, perkara yang menggugat tradisi dan tidak mengikut adat berkembang.  Norma dan nilai sosial di kalangan penduduk bandar berbeza dengan mereka yang tinggal di desa.  (Keller 1968) menyatakan bahawa semangat kejiranan di kawasan bandar adalah rendah dan menurut beliau ini disebabkan oleh beberapa perkara:  kewujudan pelbagai saluran maklumat serta pandangan yang berada jauh dari kawasan setempat; pengangkutan yang baik membolehkan mobiliti  menjangkaui sempadan kawasan setempat; minat serta kehendak yang lebih pelbagai; rentak pekerjaan berbeza, perkhidmatan sosial yang lebih baik, kemakmuran yang lebih dan jaminan ekonomi.

Perbandaran dan Pertumbuhan Penduduk Serta Ekonomi

Tahap perbandaran juga disebut sebagai darjah atau indeks perbandaran oleh beberapa penulis.  Davis (1965) mendefinasikan tahap perbandaran sebagai kadar penduduk yang berada di penempatan-penempatan bandar.  Sebagaimana Davis, (Jones 1966) mendefinasikan tahap perbandaran sebagai peratus penduduk sesebuah negara yang tinggal di bandar dan kota.  Hauser (1965) memaklumkan bahawa untuk memudahkan, terutama dalam kajian perangkaan, ‘bandar’ dan ‘perbandaran’ sering diambilkira dari sudut demografi sebagai pengelompokan penduduk pada jumlah tertentu atau sebagai kadar penduduk yang tinggal di penempatan pada saiz tertentu.  Jika perbandaran dilihat dari sudut pemusatan manusia, ia tidak boleh lari dari dikaitkan dengan pertumbuhan bandar.  (Tisdale 1942) menyatakan bahawa perbandaran berlaku dengan dua cara: pertambahan bilangan pusat-pusat tumpuan (merujuk kepada bandar-bandar) dan peningkatan saiz setiap pusat pertumbuhan.  Perbandaran juga di katakan mendahului dan berserta dengan pembentukan bandar-bandar besar (Lampard 1965). 

Laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kedudukan Sosial Dunia, sebagaimana dilaporkan oleh (Breese 1966), menunjukkan bahawa pada tahun 1800, hanya 2.4 peratus penduduk dunia tinggal di bandar-bandar.  Peratus ini meningkat kepada 16.2 pada tahun 1950 dan 23.7 pada tahun 1970 (Davis 1973).  Pada akhir abad ke duapuluh, peratus penduduk bandar di dunia adalah 46.5 peratus dan ianya kian bertambah.  Pada tahun 2005, penduduk bandar membentuk 48.6 peratus dari jumlah penduduk dunia (UNDP 2007).  Buat pertama kali dalam sejarah manusia, peratus penduduk bandar mengatasi penduduk luar bandar dalam tahun 2008 sebagaimana unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations 2006).

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun.  Menurut United Nations Development Programme (UNDP) (2001), pada tahun 1975, penduduk Malaysia berjumlah 12.3 juta orang dan telah meningkat sebanyak 9.5 juta untuk menjadikan jumlah penduduk Malaysia kepada 21.8 juta orang pada tahun 1999.  Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, dijangkakan pada tahun 2015, jumlah ini akan meningkat kepada 27.9 juta orang.  

Jadual 1 juga menunjukkan bahawa jumlah penduduk di bandar juga turut meningkat.  Pada tahun 1975, hanya 37.7 peratus penduduk Malaysia tinggal di bandar, manakala pada tahun 1999, kadar ini telah meningkat sebanyak 19 peratus menjadikan 56.7 peratus penduduk Malaysia tinggal dibandar.  Berdasarkan unjuran UNDP (2001), pada tahun 2015, 66.4 peratus daripada penduduk Malaysia akan tinggal di bandar.   

Jadual 1: Tren Demografi Malaysia
Perkara
Tahun

1975
1999
2015a
Jumlah Keseluruhan Penduduk (Juta)
12.3
21.8
27.9

1975-1999
1999-2015
Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)
2.4
1.5

1975
1999
2015a
Penduduk Bandar (%)
37.7
56.7
66.4

1975-1999
1999-2015
Peratus Pertambahan
19.0
9.7




              



Sumber : United Nations Development Programme (2001)

              a.  Unjuran
Dari segi perbandaran dan pertumbuhan ekonomi, Sha’ban (1997) menjelaskan bahawa kedua aspek ini sentiasa bergantungan antara satu dengan yang lain dan keduanya perlu dari segi meningkatkan tahap pembangunan.  Pekaitan di antara perbandaran dan pertumbuhan ekonomi dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu:
a.         Pengaruh teknologi maklumat yang dapat membina semula bandar agar menjadi lebih besar dan menjadi pusat bandar;
b.         Pola perubahan penduduk tertumpu ke arah pusat bandar; dan
c.         Pertambahan aktiviti ekonomi.

Di Malaysia pula, perbandaran adalah lebih tertumpu ke arah potensi sesuatu aktiviti ekonomi di pusat bandar.  Ianya meliputi pelbagai perkara termasuk keperluan menyediakan kemudahan, perkhidmatan, infrastruktur dan sebagainya yang lebih menjurus ke arah pembangunan masa hadapan sehingga ke pasaran antarabangsa.  Pang (1989), mengutarakan lima faktor yang mempengaruhi perbandaran iaitu:
a.       Kemajuan dari segi pertumbuhan penduduk;
b.      Ikhtiar golongan penghijrah;
c.       Penekanan yang diberikan ke atas pembangunan luar bandar;
d.      Skala sektor moden dalam perkembangan pekerjaan; dan
e.       Menyelesaikan masalah sistem pengangkutan.

Dengan ini, dapat difahami bahawa proses perbandaran disokong oleh pertambahan penduduk yang terhasil dari penghijrahan, tumpuan pembangunan dan perkembangan pekerjaan.  Walaubagaimana pun, beberapa masalah akan timbul akibat daripada penumpuan penduduk serta permintaan yang tinggi.  Oleh itu, proses perkembangan bandar  bukan sahaja membawa  kemajuan tetapi juga diiringi dengan kewujudan masalah yang berkaitan dengan perbandaran.

Di dalam Laporan Rancangan Malaysia Ke Lapan (EPU, 2001), tahap perbandaran meningkat dari 55.1 peratus pada tahun 1995 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000 (Rujuk Jadual 2).  Peningkatan perbandaran yang berlaku memerlukan perancangan yang sistematik, pentadbiran yang efisien dan perkhidmatan yang terbaik oleh pihak berkuasa tempatan.  Di dalam perancangan pembangunan bandar, proses perbandaran yang dirancang adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat serta turut merangkumi pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap.


Jadual 2: Kadar Perbandaran Mengikut Negeri, 1995, 2000 dan 2005
Negeri
Kadar Perbandaran (%)
1995
2000
2005
Banyak Pembangunan
66.5
73.4
77.7
Johor
54.4
63.9
69.1
Melaka
49.5
67.3
75.3
Negeri Sembilan
47.3
55.0
58.2
Perak
56.2
59.5
65.3
Pulau Pinang
77.0
79.5
83.3
Selangor
80.8
88.3
92.7
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
100.0
100.0
100.0
Kurang Pembangunan
37.4
42.1
45.9
Kedah
35.1
38.7
43.3
Kelantan
33.5
33.5
36.7
Pahang
35.0
42.1
44.0
Perlis
29.6
33.8
38.9
Sabah
39.8
49.1
53.2
Sarawak
41.8
47.9
54.6
Terengganu
46.6
49.4
50.1
Malaysia
55.1
61.8
66.9

Sumber : Economic Planning Unit (2001)

Ghani (2000) menghuraikan petikan dari Murphy (1969) yang menyatakan bahawa perbandaran di negara-negara Asia lebih menjurus ke arah pembagnunan industri dan juga aktiviti perniagaan.   Ia melibatkan proses pertumbuhan dan juga perubahan ekonomi.  Dengan perkembangan tersebut, tidak hairanlah sekiranya tumpuan terhadap industri dan komersial yang mampu menggalakkan proses tumbuhan ekonomi mampu menarik tumpuan ramai penduduk untuk berhijrah dan tertumpu di sesuatu kawasan yang maju yang dilihat menjanjikan banyak peluang pekerjaan selain menawarkan kehidupan yang lebih baik.  Maka perubahan sedemikian inilah yang dinamakan proses perbandaran.

Definasi Kawasan Kejiranan


De Chiara et al (1984: 3) mentakrifkan kawasan kejiranan sebagai “a residential area with homogeneous characteristics, of a size comparable to that usually served by an elementary school.  A typical ideal neighborhood would be an area ¾ to 1 mile square and containing 6000 to 8000 people” (sebuah kawasan kediaman dengan ciri yang seragam, saiz yang setanding untuk satu sekolah rendah. Satu kawasan kejiranan unggul yang lazim terdiri dari kawasan seluas ¾ hingga 1 batu persegi dan mengandungi 6000 hingga 8000 orang”).  Kawasan kejiranan menurut Gallion and Eisner (1963: 251) melambangkan satu konsep perumahan yang unggul, sebagaimana berikut:
“... a physical environment in which a mother knows that her child will have no traffic street to cross on his way to school, a school which is within easy walking distance from home.   It is an environment in which the housewife may have an easy walk to a shopping center where she may obtain the daily household goods, and the man of the house may find convenient transportation to and from his work.  It is an environment in which a well-equipped playground is located near the home where the children may play in safety with their friends ...”.

Terdapat pelbagai takrif unit kejiranan berdasarkan kepada konsep bandar taman yang diutarakan oleh Ebenezer Howard pada tahun 1898.  Salah satu daripadanya yang popular adalah  takrif yang diberikan oleh Clarence Perry.  Antara prinsip-prinsip unit kejiranan Perry (De Chiara et al, 1984) adalah saperti berikut:

a)         Saiz unit kejiranan hendaklah bergantung kepada bilangan penduduk yang perlu untuk menampung sebuah sekolah rendah.
b)        Unit kejiranan hendaklah dikelilingi oleh jalanraya utama yang luas yang dapat menghindarkan laluan terus dalam kawasan perumahan.
c)         Dalam unit kejiranan, jalanraya dirancang mengikut hiraki serta peruntukan kelebaran mengikut piawaian minima.
d)        Jaringan jalanraya dirancang untuk mengelakkan laluan terus dalam kawasan kejiranan.
e)         Lebih kurang 10 peratus kawasan diperuntukkan bagi kawasan lapang dan rekreasi.
f)         Sekolah diletakkan di tengah-tengah kawasan kejiranan.
g)         Kemudahan sosial lain juga terletak di tengah kawasan kejiranan.
h)        Rumah-rumah adalah dalam lingkungan  berjalan kaki dari sekolah.

Pada 1992, Urban Village Group mengilhamkan konsep bandar desa yang dinamakan Greenville (Neal, 2003: 11).  Konsep ini diutarakan dengan tujuan untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang berjaya dan boleh bertahan lama berdasarkan sifat-sifat desa. Prinsip-prinsip utama bagi konsep bandar desa ini adalah seperti berikut: 
a)         Pembangunan pada keluasan yang mencukupi atau critical mass.
b)        Persekitaran yang mesra pejalan-kaki.
c)         Mempunyai pelbagai jenis pembangunan serta memiliki peluang pekerjaan yang baik.
d)        Senibina yang pelbagai serta rupa bandar yang lestari.
e)         Memiliki aktiviti bercampur yang seimbang di antara perumahan dan tempat bekerja.
f)         Penyediaan keperluan asas dari segi kemudahan membeli-belah, kesihatan dan pelajaran.
g)         Mencapai tahap mandiri (self-sifficiency).

Latar Belakang Shah Alam


Bandaraya Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Renggam merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Jika dilihat pada peta-peta lama Malaysia (sebelum Kemerdekaan), Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga. Shah Alam telah dibuka pada tahun 1963 sebagai sebuah pusat pentadbiran Selangor bilamana Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, dan telah diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor, dengan perkenan DYMM Sultan Selangor pada 7 Disember  1978. Nama Shah Alam itu sendiri merupakan pilihan dan perkenan Ke Bawah DYMM Sultan. Pada waktu tersebut, keluasan Shah Alam hanyalah 41.69 km persegi. Namun pada 1 Januari 1997, keluasannya diperluaskan menjadi 290.3 km persegi (berdasarkan Pelan Warta 197).

Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan bandar Shah Alam, maka ia telah dinaikkan taraf daripada sebuah Majlis perbandaran kepada sebuah Majlis bandaraya pada 10 Oktober 2000 (Corporate Department, MBSA 2006).  Ini adalah berdasarkan beberapa penyesuaian kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, iaitu, antara lainnya: ia merupakan sebuah ibu negeri; mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang; ia merupakan sebuah pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan ; serta mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta setahun. Dengan pengisytiharan ini, maka Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) telahpun dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pengisytiharan ini juga telah menjadikan bandaraya Shah Alam sebagai bandaraya ke-7 di Malaysia selepas bandaraya-bandaraya yang terdahulu.

Perancangan gunatanah Bandaraya Shah Alam adalah sangat menarik dan tersusun. Pusat bandar Shah Alam turut dikenali sebagai bandar pentadbiran.  Di sinilah terdapatnya beberapa bangunan institusi kerajaan yang penting dan juga bangunan swasta, seperti Bangunan Darul Ehsan,  Bangunan MBSA termasuklah Muzium Negeri dan juga Perpustakaan Negeri, dan Plaza Perangsang dan juga pelbagai lagi kemudahan komersial.  Di samping itu,  pusat bandar Shah Alam juga menjadi lokasi utama bagi penempatan institusi kewangan seperti Menara Maybank,  Menara Affin Bank dan juga Bank Negara.  Tidak ketinggalan, Shah Alam juga turut mempunyai kawasan rekreasinya sendiri iaitu Taman Tasik Shah Alam yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi termasuklah sebuah  Taman Tema.

Selain daripada itu, Shah Alam juga mempunyai kemudahan rangkaian perhubungan antara wilayah yang baik, yang mana boleh dihubungi dengan lebuh raya dan juga jalan-jalan utama iaitu laluan Persekutuan secara terus ke pusat bandar Shah Alam.  Kemudahan perhubungan ini merangkumi:
(a)      Lebuh raya Persekutuan Kuala Lumpur-Kelang
       Lebuh raya ini merupakan rangkaian sedia ada bagi menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan yang terletak di bahagian Barat iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Kelang.
(b)     Lebuh raya Ekspres Lembah Klang (New Klang Valley Expressway)
       Lebuh raya di sebelah utara wilayah Lembah Kelang ini menghubungkan antara kawasan di sebelah barat Lembah Kelang seperti Shah Alam dan Kelang serta bahagian Timur Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.
(c)   Lebuh raya Ekspres Shah Alam (Shah Alam Expressway)
       Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada penduduk sekitar Lembah Kelang dan juga Shah Alam.

Bandaraya Shah Alam terletak di dalam Daerah Petaling, Negeri Selangor Darul Ehsan. Keluasan daerah Petaling adalah 487 km persegi, manakala keluasan Shah Alam adalah 290.3 km persegi. Berdasarkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (2003), jumlah penduduk negeri Selangor ialah seramai 1,810,000 orang pada tahun 1991,  dan bertambah kepada 3,667,500 orang pada tahun 2000.  Penduduk Shah Alam pula berjumlah 148,439 pada tahun 1991 dan telah meningkat kepada 314,440 pada tahun 2000.  Data statistik tahun 1999 menunjukkan bahawa pecahan kaum di Shah Alam menunjukkan bahawa 66.62 peratus terdiri dari kaum Melayu, 17.56 peratus kaum Cina, 14.58 peratus kaum India dan 1.23 peratus pula terdiri dari lain-lain kaum (Adibah Ramlee, 2001). Bagi melihat perubahan dan pertambahan penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (dahulu Majlis Perbandaran Shah Alam, MPSA) rujuk Jadual 3 dan pecahan penduduk mengikut seksyen pula boleh dilihat dalam Jadual 4.

         Jadual 3: Jumlah Penduduk Shah Alam di Kawasan MBSA, 1991 dan 2000
Penduduk
Tahun 1991
Tahun 2000
Penduduk Lelaki
82,754
162,532
Penduduk Perempuan
75,685
151,908
Jumlah Penduduk
158,439
314,440
         Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2003)

Jadual 4: Pecahan Penduduk Shah Alam Mengikut Seksyen
SEKSYEN

JUMLAH PENDUDUK (2000)
2
3,290
3
3,225
4
2,870
6
5,568
7
5,440
8
11,060
9
15,880
10
2,705
11
3,935
16
6,012
17
16,954
18
19,070
19
18,924
20
11,706
24
26,050
                             Sumber : MBSA (2001)

Analisis Kemudahan Sosial


Fatimah dan Noraziah (2004) mengutarakan bahawa penunjuk kesejahteraan isirumah dan keluarga ialah melalui penyediaan prasarana tertentu, yang mana mestilah mencukupi, mudah didapati dan sesuai. Ini bagi memastikan keluarga dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan tidak meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap komuniti setempat, masyarakat dan persekitaran.

Terdapat beberapa kemudahan masyarakat yang terdapat di Shah Alam Tengah termasuk sekolah, tadika, masjid, surau, dewan orang ramai dan lain-lain.  Penilaian telah dilakukan dengan mengkaji keperluan penyediaan kemudahan awam mengikut garispanduan kemudahan awam (MBSA, 2004) dibandingkan dengan jumlah (unit) kemudahan yang telah disediakan di kawasan kajian. Bagi kawasan utara Shah Alam, hanya sekolah menengah dan masjid negeri dengan kapasiti 16,000 jemaah sahaja yang mencukupi. Rujuk Jadual 5. Sebagaimana Jadual 6, didapati semua jenis kemudahan awam di bahagian Selatan Shah Alam Tengah adalah tidak mencukupi. 

Jadual 5:  Analisis Penyediaan Kemudahan Sosial di Utara Shah Alam Tengah
Kemudahan Masyarakat
Rumah/
Penduduk
Bil.*
Piawaian**
Keperluan
Penilaian
Sekolah Menengah (termasuk Sekolah Agama Menengah Tg. Ampuan Jemaah
15106 unit
83778 orang
(berdasarkan data tahun 1999)
5
1:3000
unit rumah
5
Mencukupi
Sekolah Rendah
5
1:1500
unit rumah
10
Tidak mencukupi; memerlukan tambahan 3 buah sekolah rendah
Sekolah rendah Agama (SRA)
2
Tadika Awam
6***
1:500
unit rumah
30
Tadika awam tidak mencukupi; keperluan ini dipenuhi oleh tadika swasta (25 unit)
Masjid
1
Masjid Negeri
1:10000 penduduk
10
Masjid yang terletak di tengah ini mempunyai kapasiti untuk 16,000  orang jemaah pada satu-satu masa adalah mencukupi.
Surau
19
1:2000 penduduk
42
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan 23 surau
Dewan Orang Ramai
4
1:5000 orang bagi dewan
3-gelanggang
17
Tidak mencukupi, memerlukan  tambahan 13 dewan

Sumber:  *    Majlis Bandaraya Shah Alam (2000)
   **  Jabatan Perancangan MBSA (2004) 
   *** Majlis Bandaraya Shah Alam (2000) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (2008)




Jadual 6:  Analisis Penyediaan Kemudahan Sosial di Selatan Shah Alam Tengah
Kemudahan Masyarakat
Rumah/
Penduduk
Bil.*
Piawaian**
Keperluan
Penilaian
Sekolah Menengah  (termasuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Seksyen 17)
18731 unit
99406 orang
(berdasarkan data tahun 1999)
5
1:3000
unit rumah
6
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan  1 sekolah menengah
Sekolah Rendah
(termasuk Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Seksyen 18 and SRJK(T) Seksyen 18)
8
1:1500
unit rumah
12
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan 2 sekolah rendah
Sekolah rendah Agama (SRA)
2
Tadika Awam
16***
1:500
unit rumah
37
Tadika awam tidak mencukupi; keperluan ini dipenuhi oleh tadika swasta (31 unit)
Masjid
6
1:10000 penduduk
10
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan  4 masjid
Surau
18
1:2000 penduduk
50
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan 32 surau
Dewan Orang Ramai
17
1:5000 orang bagi dewan
3-gelanggang
20
Tidak mencukupi, memerlukan tambahan  3 dewan

Sumber:  *    Majlis Bandaraya Shah Alam (2000)
   **  Jabatan Perancangan MBSA (2004) 
   *** Majlis Bandaraya Shah Alam (2000) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (2008)


Penggunaan Kemudahan Sosial


Kajiselidik kemudahan sosial telah dilaksanakan selama seminggu iaitu meliputi penggunaan kemudahan pada hari bekerja (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat) serta hari-hari tidak bekerja (Sabtu dan Ahad).  Kajiselidik ini telah dilaksanakan dengan membuat catatan penggunaan kemudahan awam di kawasan kajian serta membuat penilaian terhadap keberkesanan penyediaannya. Pengamatan yang dijalankan selama seminggu (secara berterusan setiap hari) bagi melihat penggunaan kemudahan awam di kawasan kajian mendapati tiada kemudahan awam yang terbiar tanpa penyelenggaraan, cuma premis kelihatan lengang sewaktu kajiselidik dilaksanakan. Kajian mendapati kebanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan digunakan secara intensif di waktu petang (selepas waktu pejabat), kecuali kemudahan berbentuk tadika atau taska, ataupun sekolah, klinik, surau atau masjid. Kebanyakan taman permainan, padang, atau ruang rekreasi, kompleks sukan dan dewan digunakan di waktu petang dan hampir keseluruhan aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk sukan, permainan dan riadah.  Keadaan begini juga didapati berlaku pada hari cuti hujung minggu. 

Hasil kajian pengamatan menunjukkan bahawa kemudahan padang serta taman permainan kanak-kanak adalah tidak mencukupi hampir di setiap seksyen di Shah Alam tengah.  Kemudahan padang serta taman permainan ini sangat penting kerana ia merupakan tempat riadah pada waktu petang atau cuti hujung minggu bagi penduduk setempat.  Kekurangan kemudahan awam dan kemudahan sokongan ini akan menyebabkan kesukaran di dalam melaksanakan sebarang aktiviti dan program bagi mempertingkatkan gaya hidup bagi sesebuah masyarakat umumnya dan pada jangkamasa panjang menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat setempat.

Hasil analisis ini melihatkan kepincangan dalam penyediaan dan penggunaan kemudahan awam.  Jika dibandingkan dengan piawaian, didapati banyak kemudahan yang kurang; namun  walaupun tidak mencukupi, tiada berlaku kesesakan dan perebutan dari segi penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut.  Jelaslah disini bahawa kurangnya aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan diperingkat kejiranan untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan.



Surau dan kawasan rekreasi di Jalan Kerayong yang sunyi tanpa aktiviti pada waktu pagi.



Kawasan lapang di Jalan Nanas dan dewan bola tampar di kawasan Seksyen 4 yang lengang pada sebelah pagi.

  

Kompleks Sukan dan padang di kawasan Seksyen 6 yang lebih dimanfaatkan pada sebelah petang

Berdasarkan kepada Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2003 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003), perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial merangkumi 37.8 peratus dari keseluruhan perbelanjaan negara (Rujuk Jadual 7). Ini menjelaskan bahawa kerajaan sememangnya menitikberatkan aspek sosial di dalam perancangan dan pembangunan negara, demi mencapai hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk negara.  Hasil kajiselidik juga menunjukkan tiada kemudahan awam yang terbiar tanpa penyelenggaraan, cuma kelihatan lengang sewaktu kajiselidik dilaksanakan.

                      Jadual 7 : Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan, 2003
Perbelanjaan Negara
Pembahagian Perbelanjaan
Perkhidmatan Sosial
37.8%
Keselamatan
13.9%
Perkhidmatan Ekonomi
9.3%
Pentadbiran Am
11.3%
Lain-lain
27.7%
                        Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003

Lain-Lain Kemudahan Sosial


Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan awam yang dianggap istimewa dan berfaedah untuk penduduk di kawasan kajian. Antaranya ialah Kompleks Warga Emas yang terletak di Seksyen 24, Pusat Khidmat Teknologi (Pusat IT) yang terletak di Seksyen 8, Seksyen 16, 17, 19 dan Seksyen 24 dan Kompleks KASIH Keluarga di Seksyen 16. Ringkasan kepada kemudahan-kemudahan ini diberikan di bawah:

Kompleks Warga Emas Shah Alam

Kompleks Warga Emas seluas 4 hektar telah dibina di Seksyen 24 dan menelan belanja RM8.2 juta, merupakan sebuah kompleks berbentuk kelab keahlian, yang dibina khusus bagi golongan warga emas. Tujuan ianya dibina adalah bagi membolehkan golongan warga tua menganjurkan sebarang program atau aktiviti kemasyarakatan di samping mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan muda dan tua. Ia mula dibuka pada awam awal Januari lepas, dan menggalakkan penyertaan pengguna atau ahli kelab yang berumur 56 tahun ke atas. Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, gymnasium, surau, kafetaria dan bilik persidangan yang boleh menempatkan 100 orang pengguna. Walaupun kompleks tersebut dinamakan sebagai Kompleks Warga Emas, namun is tetap dibuka kepada semua peringkat golongan masyarakat. Kebaikan yang jelas di sini ialah kerana dengan terbinanya bangunan kemudahan awam dan kelab bagi golongan tua ini ialah ianya dapat menggalakkan golongan untuk beraktiviti, berkumpul, menggunakan masa yang terluang, seterusnya menjalinkan hubungan sesama penduduk Shah Alam.

 Kompleks Warga Emas di Seksyen 24.


                                     Kompleks Warga Emas Shah Alam


Pusat Khidmat Teknologi (Pusat IT Komuniti)

MBSA telah mengorak langkah untuk menubuhkan Pusat Khidmat Teknologi atau lebih dikenali sebagai Pusat Komuniti IT di Shah Alam. Ia merupakan kemudahan awam yang disediakan berbentuk bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti komputer, akses internet, dan bilik mesyuarat. Di kawasan kajian, Pusat Komuniti IT boleh didapati di Seksyen 8, Seksyen 16, Seksyen 17, Seksyen 19 dan Seksyen 24. Tujuan utama penubuhan Pusat Komuniti IT ini adalah bagi mewujudkan sebuah komuniti yang pintar di dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Di samping itu, memberi pendedahan kepada warga Shah Alam terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik. Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada pelbagai peringkat masyarakat mendekati dunia siber. Selain itu, tujuan asal kerajaan negeri menyediakan kemudahan ini adalah bagi memudahkan penduduk Shah Alam menggunakan khidmat IT dan sekaligus menggalakkan penduduk untuk menjalankan aktiviti sihat.  Penekanan sasaran pengguna bagi Pusat IT ini adalah terhadap golongan murid tadika, murid sekolah rendah, murid sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, belia lepasan sekolah, orang dewasa, suri rumah dan pesara.

          
 Kemudahan di dalam Pusat IT di dewan Seksyen 19
Kompleks KASIH Keluarga

Kompleks KASIH Keluarga yang ditadbir oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor Darul Ehsan yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam merupakan Kompleks KASIH Keluarga yang pertama di Malaysia. Objektif utama penubuhan Kompleks KASIH Keluarga adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan.  Fungsi Kompleks KASIH Keluarga adalah untuk melaksanakan program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang boleh mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan.  Terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan yang disediakan di Kompleks KASIH Keluarga seperti perkhidmatan klinikal, perkhidmatan latihan dan pembelajaran, kaunseling, promosi dan advokasi serta penyelidikan dan pembangunan. Dengan adanya pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sebegini, maka ia diharap dapat membantu mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat di Shah Alam khususnya.

  
Kemudahan Kompleks KASIH Keluarga Negeri Selangor yang terletak di Seksyen 16

Pembangunan Masyarakat di Shah Alam

 Pembangunan masyarakat ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke 9, 2006-2010 bertujuan untuk “memupuk nilai positif, menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat ... serta menanam semangat berdikari ...”.  Bagi kawasan bandar, Jawatankuasa Rukun Tetangga memainkan peranan untuk “menggalakkan penyertaan masyarakat dan memupuk hidup berjiran serta membantu mengurangkan jenayah di kawasan perumahan.  Persatuan penduduk serta kelab sosial dan rekreasi akan terus digalak untuk memperluaskan program jangkauan sosial untuk menyemai sikap saling menghormati dan bertolak ansur di kalangan pelbagai masyarakat.” (Unit Perancang Ekonomi, 2006: 337). 

Majlis Bandaraya Shah Alam


Jabatan Korporat bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat di Majlis Bandaraya Shah Alam.  Terdapat empat unit dalam jabatan ini iaitu unit perhubungan awam, unit sukan, unit pembangunan masyarakat dan unit budaya dan pelancongan. Peranan jabatan ini melibatkan urusan perhubungan awam, pengendalian aduan-aduan awam, mengeluarkan siaran akhbar dan menganjur acara-acara; memperkenalkan dan mempromosi aktiviti  Majlis serta menyelaras dan mengaturkan pelbagai aktiviti. Bermula dari Mac 2003, Shah Alam telah dibahagikan kepada zon-zon mengikut  Majlis Perwakilan Penduduk – MPP yang baru ditubuhkan.  Menurut Jabatan Korporat MBSA objektif-objektif bagi penubuhan MPP adalah seperti berikut (Jabatan Korporat, MBSA, 2006: 1-2):

a)      Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi dan tugas Ahli Majlis sebagai pengantara yang menghubungkan Majlis dan penduduk.
b)      Menjadi pengantara menyalurkan maklumat dan peraturan Majlis kepada penduduk.
c)      Menjadi pengantara menyalurkan aduan, permohonan, masalah dan kehendak penduduk kepada Majlis.
d)      Menggalakkan penyertaan penduduk dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis.
e)      Memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai persatuan penduduk di zon.
f)       Menyelaraskan bentuj bantuan yang seimbang kepada pelbagai persatuan penduduk di zon.
g)      Melaksanakan aktiviti Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
h)      Mengenalpasti kerja pembaikan kecil / infrastruktur dan keceriaan taman yang perlu dibuat untuk keselamatan dan kemudahan orang awam.
i)        Melahirkan masyarakat berilmu melalui penganjuran acara akademik dan latihan berbentuk ilmiah.
j)        Memantai kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Majlis bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk keselesaan masyarakat.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah disenaraikan bagi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP). MPP zon adalah bertanggungjawab bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dalam zon-zon mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti  yang dicadangkan untuk MPP zon adalah:  mengenalpasti pembaikan kecil infrastruktur di kawasan masing-masing; gotong-royong dari masa ke semasa; kempen-kempen kejiranan, kebersihan, denggi, dadah dan masalah-masalah sosial; ceramah/form/dialog; sambutan perayaan; aktiviti mesra rakyat; aktiviti sukan; aktiviti pengisian rohani, moral dan etika dan aktiviti berbentuk ilmiah (Jabatan Korporat, MBSA, 2006: 10).
Berdasarkan laporan aktiviti-aktiviti untuk 2007 MBSA (Jabatan Korporat MBSA, 2007), berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan:

a)        Senamrobik pada setiap hari Ahad.
b)        Pameran anggerik bulanan.
c)        Hari bertemu pelanggan yang diadakan dua atau tiga kali sebulan.
d)        Ceramah @ zon yang diadakan di zon-zon berlainan setiap bulan.
e)        Ceramah pembangunan wanita dan seminar pembangunan wanita.
f)         Aktiviti sukan (karnival sukan MPP, berbasikal rekreasi, pertandingan futsal dan tarik-tali, Larian 10km. Shah Alam, pertandingan ping-pong, pertandingan memancing, MPP exciting race, treasure hunt dan green adventure race).
g)        Hiburan dan pertunjukan (Band Idola 07, riang ria fiesta Selangor, festival keroncong remaja, D’Muzik@LB, karaoke dan pertandingan nyanyian).
h)        Program untuk kanak-kanak dan remaja (adventure based learning camp Kelab 1221 MBSA, outdoor living skills camp, bengkel menjawab kertas peperikaan UPSR, PMR dan SPM, klinik pembangunan sukan bola tampar, seminar pembangunan belia dan remaja).
i)          Aktiviti lain (forum hiwar Islam, program penanaman pokok, festival marhaban dan berzanji, cabaran 50 jam merdeka, seminar garis panduan skim komuniti berpagar bersama penaju dan persatuan penduduk, taklimat perbadanan pengurusan bersama MPP dan kempen kitar semula peringkat sekolah).

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adakah agensi paling penting dalam penyediaan TADIKA dan pusat penjagaan anak (TASKA) dalam kawasan kajian. KEMAS menguruskan dua puluh lima (25) tadika-tadika (termasuk empat untuk kakitangan jabatan polis dan satu untuk kakitangan jabatan bomba dan penyelamat) dan dua (2) pusat penjagaan bayi  di Shah Alam tengah. Selain menguruskan TADIKA dan pusat penjagaan anak, KEMAS juga mempunyai program-program lain saperti pendidikan kesejahteraan keluarga, gerakan daya wawasan (tumpuan kepada pembangunan luar bandar), dan program bina insan selain mengurus pusat-pusat sumber (terutama di kawasan luar bandar). 

Program pendidikan kesihatan keluarga yang bermula sebegai sebuah kelas ekonomi rumahtangga pada 1963, telah berpindah ke unit pembangunan keluarga. Pada 1996 program ini telah diletakkan di bawah unit pembangunan manusia dan semenjak 2003 ia telah diletakkan di bawah bahagian pendidikan masyarakat. Objektif-objektif bagi pendidikan kesihatan keluarga termasuk: untuk mendedahkan peranan wanita dalam memperkukuhkan institusi keluarga, masyarakat dan negara; untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran-kemahiran dalam keluarga pengurusan sumber-sumber dan bagi mengenal pasti dan menggunakan kemudahan-kemudahan boleh didapati untuk keadaan kesihatan keluarga (Jabatan Kemajuan Masyarakat - Laman web KEMAS, n.d.).  Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat Selangor, program pendidikan kesihatan keluarga telah dikendalikan dalam beberapa tempat di sekitar Shah Alam tengah pada 2007 seperti berikut: 
a)        Dewan orang ramai, Jalan Rajawali 6/6, Section 6.
b)        Dewan orang ramai, Section 18 Selatan, Jalan Pinang Siri.
c)        SIRIM Berhad, Persiaran Dato’ Menteri, Section 2.
d)        Dewan MBSA 24 Damai, Jalan Cili Hijau 24/27, Section 24.
e)        Dewan MBSA 24 Permai, Section 24.

KEMAS telah juga menjalankan beberapa program bina Insan di sekitar Shah Aklam tengah pada tahun 2007 di lokasi-lokasi berikut:
a)        Dewan orang ramai, 24B Jalan Cili Hijau, Seksyen 24.
b)        Dewan orang ramai / Tadika Section 18B, Jalan 18/15C, Seksyen 18.
c)        Surau An-Nur, Jalan Kijang Dua, Seksyen 20.
d)        Dewan orang ramai / Tadika 17 Renggam, Seksyen 17.
e)        Pangsapuri PKNS di Seksyen 20.
f)         Tadika Rumah Pangsa JKR, Seksyen 24 (Titiwangsa).
g)        Aras Bawah, Blok 18, Seksyen 24.
h)        Tadika Seksyen 24 Permai.
i)          Dewan orang ramai, Seksyen 18 Selatan, Jalan Pinang Siri 18/3, Seksyen 18.
j)          Dewan Orang Ramai Seksyen 24 Setia.

Program Kemasyarakatan


Dari segi kemasyarakatan, terdapat tiga puluh satu (33) kumpulan komuniti yang berdaftar dengan MBSA pada 2002.  Ujudnya kumpulan komuniti ini menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha untuk menyatukan penduduk dan menjalin kerjasama di kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti-aktiviti bermanfaat dalam kediaman kejiranan. Malangnya, Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSA tidak mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti itu yang telah diatur oleh kumpulan komuniti ini. Walau bagaimanapun, kajian ini berjaya mengumpul maklumat mengenai aktiviti-aktiviti berorganisasi oleh masjid-masjid dan surau di sekitar Shah Alam tengah. terdapat empat puluh empat (44) masjid dan surau dalam kawasan kajian. Maklumat mengenai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau telah dikumpulkan dengan melawat serta menghubungi jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

Terdapat beberapa masjid dan surau dalam Shah Alam tengah yang mempunyai atau menguruskan tadika dan sekolah-sekolah agama. Contoh-contoh adalah Tadika Ar-Raudhah di surauh Seksyen 2, Taski Al-Hidayah di masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Taski Abim Al-Ubudiah di masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Sekolah Integrasi Islam Al Amin yang dimiliki oleh masjid Al-Amin di Seksyen 17, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Azhariah di masjid Al-Azhariah dan madrasah Al-Ehsaniah KAFA Integrasi di masjid Al-Ehsan, Seksyen 24.

Berdasarkan maklumat didapati daripada masjid atau jawatankuasa-jawatankuasa surau, beberapa jenis acara telah diatur, antaranya:
a.         Aktiviti-aktiviti keagamaan biasa seperti kelas membaca Al-Quran / syarahan-syarahan agama harian/mingguan, kelas fardhu Ain, kursus-kursus haji dan haji umrah dan sesi-sesi pengajian keagamaan lain termasuk program pendidikan awam yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS).
b.        Aktiviti-aktiviti khas berdasarkan kalendar Islam iaitu saperti  awal Muharram, Isra' dan Mi'raj, Nisfu Syaaban dan perayaan maulidur Rasul, penyembelihan Qurban pada Hari Raya Haji, program bulan Ramadan dan sebagainya.
c.         Sambutan perayaan saperti Hari Raya dan majlis dianjur oleh ahli qariah saperti tahlil arwah, doa selamat, aqiqah, berzanji dan gotong royong dalam majlis perkahwinan dan sebagainya.
d.        Program-program pendidikan dan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan perdana (UPSR, PMR, SPM), program motivasi remaja, khemah keagamaan untuk kanak-kanak sekolah, kelas-kelas komputer untuk remaja dan orang-orang dewasa, kursus kemahiran pembelajaran (contohnya peta minda), program rakan masjid dan sebagainya.
e.         Membantu dalam fardhu kifayah seperti pengebumian (termasuk menyediakan pengangkutan) dan solat hajat sebelum kanak-kanak menduduki peperiksaan perdana.

Selain dari program-program tersebut di atas, terdapat juga usaha-usaha oleh beberapa masjid dan surau untuk mengelolakan program lain.  Sebagai contoh, masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (atau masjid Negeri) telah menganjurkani karnival Mesra Masjid, acara 3-4 hari ini meliputi  pameran, pertandingan nasyid dan gerai-gerai jualan. Surau Platinum Al-Mawaddah di Seksyen 7 telah menganjurkan satu kursus motivasi keluarga (keibubapaan dan keluarga bahagia), persediaan kewangan mengikut Islam untuk usia emas dan ceramah dari Persatuan Pengguna Islam.  Jawatankuasa ini juga telah mengatur lawatan ke rumah anak yatim dan menganjurkan kutipan derma untuk perjuangan Palestin. Masjid Al-Ubudiah di Seksyen 19 pula telah menganjurkan perkhidmatan kaunseling undang-undang syariah dan keluarga dan menubuhkan satu kelab belia yang telah menganjurkan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti lawatan ke universiti-universiti awam dan kelas pondok, motivasi dan kem pembangunan diri, kelas-kelas tuisyen, kumpulan belajar (study groups), dan aktiviti rekreasi. Masjid Al-Huda di Seksyen 19 mempunyai program khas berkaitan dengan isu-isu wanita dan juga telah menganjurkan perbincangan kesihatan. 

Daripada data mengenai program kemsayarakatan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat kesedaran bagi memulakan program inovatif yang boleh membawa faedah-faedah untuk penduduk-penduduk tempatan. Program kemasyarakatan ini perlu di galakkan melalui sokongan berterusan daripada pihak berkuasa tempatan (input daripada MPP zon) dan di pertingkatkan lagi dengan melibatkan pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan pihak swasta setempat. 

Perancangan Unit Kejiranan Bandar


Kehidupan masyarakat yang sejahtera di kawasan kejiranan di bandar-bandar memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Komunikasi berkesan di antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan, serta di antara penduduk sendiri adalah penting bagi mencapai keharmonian serta kesejahteraan dalam sesebuah masyarakat. Melalui aktiviti-aktiviti sosial yang diadakan secara berterusan, penduduk-penduduk dapat berkenalan satu sama lain dan mengukuhkan persahabatan mereka dan meningkatkan semangat kejiranan dalam masyarakat.

Dalam merancang kawasan perumahan baru, penekanan perlu diberikan terhadap aspek sosial.  Rekabentuk susun atur perumahan hendaklah lebih kreatif dan harus menggalakkan perkenalan, interaksi dan menggalakkan semangat kejiranan. Satu contoh reka bentuk perumahan yang inovatif adalah konsep perancangan tessellation dan perumahan sarang lebah (honeycomb). Menurut Mazlin, Durack dan Davis (2005: 71), “susunan fizikal ini memperkenalkan interaksi bersifat perkauman dan keselamatan daripada lalu lintas dan jenayah”. Banyak lagi idea-idea inovatif baru dalam perancangan kediaman dan rekabentuk susun atur hendaklah diperkenalkan dalam kawasan bandar untuk mewujudkan masyarakat bandar yang sejahtera, harmoni dan bersatu-padu.

Dalam kawasan perumahan sediada, kesedaran serta usaha-usaha bagi pembangunan masyarakat perlu di pertingkatkan. Pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat harus bekerjasama untuk menganjurkan  program-program komuniti dan aktiviti-aktiviti untuk pelbagai kumpulan masyarakat - kanak-kanak, belia, wanita, tua, kurang upaya dan sebagainya. Kemudahan sosial sediada seperti pusat komuniti sekolah-sekolah dan masjid-masjid hendaklah dimanfaatkan untuk keperluan penduduk tempatan. Usaha membangunkan masyarakat memerlukan kerjasama daripada sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umumnya. Semangat kesukarelaan adalah satu ramuan penting untuk pembangunan masyarakat berjaya. 

Lewis Mumford (1937) menekankan kepada penting nya mengambilkira keperluan sosial dalam merancang kawasan kejiranan di bandar.  Beliau menyatakan bahawa “... today we must treat the social nucleus as the essential element in every valid city plan: the spotting and inter-relationship of schools, libraries, theaters, community centers is the first task in defining the urban neighborhood and laying down the outlines of an integrated city” (p.185).

Rujukan


Adibah Ramlee (2001), Kajian Kehidupan Kejiranan di Kondominium. Kes Kajian: Seksyen 9, Shah Alam, Tesis UiTM Shah Alam, Tidak diterbitkan.

Breese, Gerald (1966), Urbanization in Newly Developing Countries, Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall Inc.

Corporate Department, MBSA (2006), Shah Alam City Council Profile, Shah Alam City Council, dilihat 2 Mei 2008,

Davis, Kingsley (1965), The Urbanization of Human Population dalam Cities, Scientific American (ed), New York: Alfred A. Knopf Inc., pp. 2-24.

Davis, Kingsley (1973), Introduction in Cities: Their Origin, Growth and Human Impact, Scientific American (ed), San Francisco: W.H. Freeman Company, pp. 1-6.

De Chiara, Joseph, Julius Panero and Martin Zelnik (eds) (1984),  Time-Saver Standards for Housing and Residential Development, New York: McGraw-Hill Book Company.

Dear, Michael J. dan Allen J. Scott (eds) (1981), Urbanization and Urban Planning In Capitalist Society, London and New York: Methuen & Co. Ltd,.

Detwyler, Thomas R. dan Melvin G. Marcus (1972), Urbanization and Environment, Belmont, California:  Wadsworth Publishing Company, Inc.

Economic Planning Unit (2001), Eighth Malaysia Plan, 2001-2005, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Fashbir Noor Sidin (2000), Industrialisasi dan Modenisasi: Kesan Terhadap Pembangunan Bandar dalam Perbandaran dan Perancangan Persekitaran, Mohd. Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin (eds), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., pp. 38-54.

Fatimah Abdullah dan Noraziah Ali (2004), Penunjuk Kesejahteraan Isirumah dan Keluarga. dalam Indicators of Sustainable Development. Assessing Changes in Environmental Conditions, A. Latiff, Pereira, J.J., A.Hezri Adnan and Aldrie, E.E. (eds) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Bangi.

Fischer, Claude S. (1976), The Urban Experience, New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Gallion, Arthur B. and Simon Eisner (1963), The Urban Pattern:  City Planning and Design (2nd. edition), Princeton: D. Van Nostrand Company, Inc.

Ghani Salleh (2000), Urbanisation & Regional Development In Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Goh Ban Lee (1991), Urban Planning In Malaysia:  History, Assumptions and Issues, Petaling Jaya: Tempo Publishing (M) Sd. Bhd.

Graham, Stephen. dan Simon Marvin ( 2001), Splintering Urbanism : Networked Infrastructures, Technological Mobilities and The Urban Condition, London: Routledge, Taylor and Francis Group.

H.M. Dahlan (1997), Urbanisasi: Alam Kejiwaan Sosial Dan Pembangunan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hauser, Philip M. (1965), Urbanization: An Overview dalam The Study of Urbanization, Hauser, Philip M. and Leo F. Schnore (eds), New York: John Wiley and Sons Inc., pp. 1-47.

Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (2006), Garis Panduan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sesi 2006/2008, Shah Alam: Jabatan Korporat, MBSA.

Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (2007), Laporan Aktiviti Majlis Bandaraya Shah Alam 2007, Shah Alam: Jabatan Korporat, MBSA.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2003), Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2003, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan, Malaysia.

Jabatan Perancangan, Majlis Bandaraya Shah Alam (2004), Garis Panduan bagi Kelulusan Kebenaran Merancang dan Piawaian Perancangan, Shah Alam: Jabatan Perancangan, MBSA.

Jones, Emrys (1966), Towns and Cities, London: Oxford University Press.

Lampard, Eric E. (1965), Historical Aspects of Urbanization dalam The Study of Urbanization, Hauser, Philip M. and Leo F. Schnore (eds), New York: John Wiley and Sons Inc., pp. 519-554.

Majlis Bandaraya Shah Alam (2000), Maklumat Kemudahan Awam di Kawasan MBSA (sehingga Julai 2000), Shah Alam: MBSA.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) (2001), Maklumat Asas Shah Alam, Shah Alam: MBSA.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) (2004), Garispanduan Perancangan MBSA 2004, Shah Alam: MBSA.

Mazlin Ghazali, Michael J. Durrack and Mohd. Peter Davis (2005), Tessellation Planning and Honeycomb Housing,  Planning Malaysia – Journal of the Malaysian Institute of Planners (2005) III, pp.71-98.

Mumford, Lewis (1937), What is a City? Architectural Record, Vol. 82, Nov. 1937, pp. 184-188.

Neal, Peter (2003), An Urban Village Primer dalam Urban Vilages and the Making of Communities  Neal, Peter (ed), London: Spon Press.

Pang Teck Wai (1989), The Role of the Private Sector in the Urban Economy and In The Process Of Urbanisation : An Economic Perspective. dalam  Urbanisation and Development : Prospects and Policies For Sabah Beyond 1990,  Mohd. Yaakub Hj. Johari et al. (eds), Kota Kinabalu: Institute For Development Studies Sabah.

Reissman, Leonard (1970), The Urban Process: Cities in Industrial Societies, New York: The Free Press.

Sennett, Richard (1969), An Introduction dalam Classic Essays on the Culture of Cities, Sennet, Richard (ed), New York: Appleton-Century-Crofts, Meredith Cor-poration, pp. 3-19.

Sha’ban Muftah Isma’il (1997), Women, Economic Growth and Development in Malaysia, Petaling Jaya:  IBS Buku Sdn. Bhd.

Sjoberg, Gideon (1973), The Origin and Evolution of Cities dalam Cities: Their Origin, Growth and Human Impact, Scientific American (ed), San Fransisco:  W.H. Freeman and Company, pp. 19-27.

Tisdale, Hope (1942), The Process of Urbanization, Social Forces, Vol. 20, No. 3, pp. 311-316.

Unit Perancang Ekonomi (2006), Rancangan Malaysia Kesembilan 2005-2010, dilihat 31 Julai 2006,

United Nations (2006), The Habitat Agenda: Istanbul Declaration on Human Settlements, dilihat 7 August 2008,

United Nations Development Programme (UNDP) (2001), Human Development Report 2001 : Making New Technologies Work For Human Development, New York: Oxford University Press, Inc.

United Nations Development Programme (UNDP) (2007), Human Development Report 2007/2008 dilihat 19 January 2008,