PERBANDARAN, KEMUDAHAN SOSIAL
SERTA PROGRAM MASYARAKAT DI KAWASAN
KEJIRANAN
Oleh: Habsah Hashim dan Yusfida Ayu Abdullah
dalam buku berjudul
“Perancangan dan Pembangunan Bandar, edited by Hazlina
Hamdan and Syed Mohd Hassan Syed Subli, Penerbit UiTM, pp. 39-71.
Pengenalan
Kepentingan perbandaran dalam tamadun manusia telah diutarakan oleh
ramai pengkaji (Davis 1965, Hauser 1965, Sjoberg 1973 dan Reissman 1970). Davis
(1965) menyatakan bahawa masyarakat bandar melambangkan satu tahap baru dan
utama dalam evolusi kehidupan manusia.
Perbandaran telah di anggap sebagai satu proses sosial yang telah menghasilkan
perubahan besar dalam cara hidup manusia (Hauser 1965). Sepanjang sejarah manusia, perbandaran
merupakan satu fenomena yang telah berlaku di negara dunia pertama dan akan
terus berlaku dikebanyakan negara.
Walaupun bandar telah wujud sejak era pra-industri, perbandaran
dikalangan masyarakat Barat bermula pada akhir kurun ke 18 dengan Revolusi
Industri dan sejak dari itu, proses perbandaran terus berkembang ke seluruh
pelusuk dunia.
Kehidupan masyarakat di kawasan bandar adalah berbeza dari
kehidupan masyarakat di kawasan luar bandar atau desa. Dengan meningkatnya kadar perbandaran,
terdapat satu keperluan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat di kawasan
kejiranan masa kini terutama di bandar-bandar kerana kawasan kejiranan dianggap
sebagai “… the most important urban
element that establishes the social and economic sustainability of the area,
providing the community ties which hold it together...” (unsur bandar paling penting yang
mewujudkan kemampanan sosial dan ekonomi sesuatu kawasan, menyediakan hubungan
masyarakat yang menjamin perpaduan) (Neal, 2003: 8). Dalam aspek ini, penyediaan kemudahan sosial
serta perancangan dan perlaksanaan pelbagai program masyarakat merupakan
kriteria-kriteria yang perlu untuk kesejahteraan penduduk.
Dengan menggunakan kawasan-kawasan kejiranan di Shah Alam tengah
bagi pemerhatian serta analisis, bab ini menerangkan pelbagai kemudahan
masyarakat serta program sosial yang terdapat diperingkat kejiranan sebagai
contoh bagi kawasan kejiranan di kawasan bandar. Permulaan bab ini menghuraikan latarbelakang
teori mengenai perbandaran dan kejiranan serta latarbelakang ringkas mengenai
Shah Alam. Seterusnya, perbincangan
mengenai penyediaan kemudahan sosial yang disediakan, program sosial yang
dianjurkan serta aktiviti kemasyarakatan diperingkat kejiranan di Shah Alam
tengah dibentangkan. Untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang harmoni serta
mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat, beberapa prinsip serta langkah
perancangan kawasan kejiranan bandar digariskan di akhir bab ini.
Perbandaran dan Kawasan
Kejiranan
Di Malaysia, proses perbandaran yang berlaku
bukan sahaja melibatkan perkembangan industri dan komersial, tetapi juga telah
menggalakkan penghijrahan di kalangan penduduk.
Perbandaran merupakan suatu
proses penubuhan dan perkembangan bandar, dan perkaitan yang paling rapat dalam
hubungan ini ialah pertambahan penduduk di kawasan bandar hasil daripada
penghijrahan dan perubahan dalaman, di samping pertambahan ruang atau kawasan
bandar itu sendiri.
Definasi Perbandaran
H.M. Dahlan (1997) mendefinisikan perbandaran sebagai,
satu proses perubahan yang berkait langsung dengan perkembangan dan peningkatan
ekonomi bandar, juga dirujuk sebagai perluasan dan peningkatan pasaran. Pengertian
tersebut mempunyai persamaan dengan definasi yang diberikan oleh Goh (1991 :
12), iaitu “Urbanisation is a process of becoming urban. Urbanisation is
then defined as a process of growing population concentration whereby the
proportion of the total population which is classified as urban is increasing (Perbandaran ialah satu proses menjadi bandar.
Perbandaran juga merupakan proses peningkatan penumpuan penduduk, di mana kadar
penduduk yang diklasifikasikan sebagai penduduk bandar bertambah).
Sha’ban (1997 : 100) memetik penjelasan Rahman yang
menjelaskan definisi urbanisasi sebagai ““the process of change in the
growth and socio-economic characteristics of urban centres as a result of the
increasing concentration of population and economic activities in urban areas
over time”. Definasi ini membawa maksud
bahawa perbandaran adalah suatu proses perubahan yang melibatkan ciri-ciri pertumbuhan
dan sosio ekonomi di sesuatu pusat bandar hasil daripada pertambahan dan
pemusatan penduduk dan aktiviti ekonomi di bandar. Dan lanjutan daripada
peningkatan penduduk yang berlaku di bandar serta penghijrahan masuk bagi
mendapatkan pekerjaan, kemudahan dan sebagainya, maka ia seterusnya menyokong
aktiviti di bandar itu sendiri. Manakala
perbandaran didefinisikan oleh Detwyler dan
Marcus (1972 : 6) sebagai “ ... the
process of city establishment and growth; the term commonly connotes population
increase in the city, resulting form both internal growth and immigration, as
well as spatial expansion of the city”.
Menurut (Sennett 1969), bandar adalah sebuah struktur sosial yang
menggalakkan kepentingan diri (dari segi sosial) serta inovasi, justeru menjadi
alat perubahan dalam sejarah tamadun manusia.
Sehubungan itu, Fashbir Noor (2000) menjelaskan bahawa masyarakat
industri sangat mementingkan pengetahuan dan keterampilan sains dan teknologi,
sistem pendidikan dan juga struktur pekerjaan yang mana ia memenuhi keperluan
permintaan tenaga kerja mengikut taraf teknologi. Oleh
itu, masyarakat industri sememangnya berkait rapat dengan perbandaran serta
melibatkan penghijrahan penduduk yang berpunca daripada perkembangan bandar.
Dear dan Scott (1981: 9-10)
menyatakan terdapat dua peringkat dalam proses perbandaran iaitu: “Pertama ia sebagai membentuk sistem di
bandar di mana melibatkan proses perubahan dan juga penghijrahan. Kedua ia sebagai mewakili setiap individu di
bandar meliputi sistem fizikal (awam dan swasta), fungsi kawasan dan juga
lokasi”. Menurut Detwyler dan Marcus (1972), perbandaran
merupakan proses penubuhan sebuah bandar dan pertumbuhannya. Ia biasanya dikaitkan dengan penduduk di
bandar hasil daripada pertumbuhan dalam sesebuah bandar hasil dari berlakunya penghijrahan.
Paquout sebagaimana
dipetik oleh Graham dan Marvin (200: 379) pula melihat perbandaran sebagai “more
than a demographic, quantifiable phenomenon: it is civilization and
civilization determines our ways of living”. Dari sudut ini, perbandaran tidak harus
dikira melalui demografi dan jumlah penduduk semata-mata, sebaliknya ia berkait
dengan peradaban atau ketamadunan, dan keadaan inilah yang menentukan cara
hidup kita.
Terdapat banyak perbezaan di antara kawasan
bandar dan kawasan desa sebagaimana digariskan oleh (Fischer 1976) . Pertama, bandar adalah seni, artifak dan
buatan manusia; tinggal di bandar bermakna tinggal di persekitaran buatan
meskipun persekitaran tersebut adalah sesuatu yang artistik dan
intelektual. Kehidupan di desa adalah
asli, lebih hampir kepada alam semulajadi dan organic. Kedua, desa dikaitkan dengan perkara-perkara
serta kenalan yang menjadi kebiasaan dan juga dikaitkan dengan kampong halaman;
manakala bandar adalah sesuatu yang baru, berbeza serta dipenuhi dengan
perkara-perkara yang sukar diduga serta manusia yang sukar difahami. Perbezaan ketiga berkait dengan kawalan sosial,
dimana komuniti dikaitkan dengan kehidupan desa dan sikap mementing diri
dikaitan dengan kehidupan bandar. Desa
dipenuhi khazanah nilai-nilai utama dan cara hidup tradisi, kesusilaan, agama,
hidup berjiran serta ketaatan pada negara.
Bandar pula adalah tempat di mana cabaran, perkara yang belum diuji,
perkara yang menggugat tradisi dan tidak mengikut adat berkembang. Norma dan nilai sosial di kalangan penduduk
bandar berbeza dengan mereka yang tinggal di desa. (Keller 1968)
menyatakan bahawa semangat kejiranan di kawasan bandar adalah rendah dan
menurut beliau ini disebabkan oleh beberapa perkara: kewujudan pelbagai saluran maklumat serta
pandangan yang berada jauh dari kawasan setempat; pengangkutan yang baik
membolehkan mobiliti menjangkaui
sempadan kawasan setempat; minat serta kehendak yang lebih pelbagai; rentak
pekerjaan berbeza, perkhidmatan sosial yang lebih baik, kemakmuran yang lebih
dan jaminan ekonomi.
Perbandaran dan Pertumbuhan Penduduk Serta Ekonomi
Tahap perbandaran juga
disebut sebagai darjah atau indeks perbandaran oleh beberapa penulis. Davis (1965) mendefinasikan tahap perbandaran
sebagai kadar penduduk yang berada di penempatan-penempatan bandar. Sebagaimana Davis, (Jones 1966)
mendefinasikan tahap perbandaran sebagai peratus penduduk sesebuah negara yang
tinggal di bandar dan kota. Hauser
(1965) memaklumkan bahawa untuk memudahkan, terutama dalam kajian perangkaan,
‘bandar’ dan ‘perbandaran’ sering diambilkira dari sudut demografi sebagai
pengelompokan penduduk pada jumlah tertentu atau sebagai kadar penduduk yang
tinggal di penempatan pada saiz tertentu.
Jika perbandaran dilihat dari sudut pemusatan manusia, ia tidak boleh
lari dari dikaitkan dengan pertumbuhan bandar.
(Tisdale 1942) menyatakan bahawa perbandaran berlaku dengan dua cara:
pertambahan bilangan pusat-pusat tumpuan (merujuk kepada bandar-bandar) dan
peningkatan saiz setiap pusat pertumbuhan.
Perbandaran juga di katakan mendahului dan berserta dengan pembentukan
bandar-bandar besar (Lampard 1965).
Laporan dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kedudukan Sosial Dunia, sebagaimana dilaporkan
oleh (Breese 1966), menunjukkan bahawa pada tahun 1800, hanya 2.4 peratus
penduduk dunia tinggal di bandar-bandar.
Peratus ini meningkat kepada 16.2 pada tahun 1950 dan 23.7 pada tahun
1970 (Davis 1973). Pada akhir abad ke
duapuluh, peratus penduduk bandar di dunia adalah 46.5 peratus dan ianya kian
bertambah. Pada tahun 2005, penduduk
bandar membentuk 48.6 peratus dari jumlah penduduk dunia (UNDP 2007). Buat pertama kali dalam sejarah manusia,
peratus penduduk bandar mengatasi penduduk luar bandar dalam tahun 2008
sebagaimana unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United
Nations 2006).
Jumlah keseluruhan
penduduk Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut United Nations Development Programme
(UNDP) (2001), pada tahun 1975, penduduk Malaysia berjumlah 12.3 juta orang dan
telah meningkat sebanyak 9.5 juta untuk menjadikan jumlah penduduk Malaysia
kepada 21.8 juta orang pada tahun 1999. Sebagaimana
ditunjukkan dalam Jadual 1, dijangkakan pada tahun 2015, jumlah ini akan
meningkat kepada 27.9 juta orang.
Jadual 1 juga menunjukkan
bahawa jumlah penduduk di bandar juga turut meningkat. Pada tahun 1975, hanya 37.7 peratus penduduk
Malaysia tinggal di bandar, manakala pada tahun 1999, kadar ini telah meningkat
sebanyak 19 peratus menjadikan 56.7 peratus penduduk Malaysia tinggal
dibandar. Berdasarkan unjuran UNDP
(2001), pada tahun 2015, 66.4 peratus daripada penduduk Malaysia akan tinggal
di bandar.
Definasi Kawasan Kejiranan
Latar Belakang Shah Alam
Analisis Kemudahan Sosial
Penggunaan
Kemudahan Sosial
Lain-Lain Kemudahan Sosial
Pembangunan
Masyarakat di Shah Alam
Majlis
Bandaraya Shah Alam
Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS)
Program Kemasyarakatan
Perancangan Unit Kejiranan Bandar
Jadual 1: Tren Demografi Malaysia
Perkara
|
Tahun
|
||
|
1975
|
1999
|
2015a
|
Jumlah Keseluruhan Penduduk (Juta)
|
12.3
|
21.8
|
27.9
|
|
1975-1999
|
1999-2015
|
|
Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)
|
2.4
|
1.5
|
|
|
1975
|
1999
|
2015a
|
Penduduk Bandar (%)
|
37.7
|
56.7
|
66.4
|
|
1975-1999
|
1999-2015
|
|
Peratus Pertambahan
|
19.0
|
9.7
|
Sumber : United Nations Development Programme (2001)
a. Unjuran
Dari segi perbandaran dan
pertumbuhan ekonomi, Sha’ban (1997) menjelaskan bahawa kedua aspek ini sentiasa
bergantungan antara satu dengan yang lain dan keduanya perlu dari segi
meningkatkan tahap pembangunan. Pekaitan
di antara perbandaran dan pertumbuhan ekonomi dipengaruhi oleh tiga faktor
utama iaitu:
a.
Pengaruh teknologi maklumat yang dapat membina semula
bandar agar menjadi lebih besar dan menjadi pusat bandar;
b.
Pola perubahan penduduk tertumpu ke arah pusat bandar;
dan
c.
Pertambahan aktiviti ekonomi.
Di Malaysia pula, perbandaran adalah lebih tertumpu ke
arah potensi sesuatu aktiviti ekonomi di pusat bandar. Ianya meliputi pelbagai perkara termasuk
keperluan menyediakan kemudahan, perkhidmatan, infrastruktur dan sebagainya
yang lebih menjurus ke arah pembangunan masa hadapan sehingga ke pasaran
antarabangsa. Pang (1989), mengutarakan
lima faktor yang mempengaruhi perbandaran iaitu:
a.
Kemajuan dari segi pertumbuhan penduduk;
b.
Ikhtiar golongan penghijrah;
c.
Penekanan yang diberikan ke atas pembangunan luar bandar;
d.
Skala sektor moden dalam perkembangan pekerjaan; dan
e.
Menyelesaikan masalah sistem pengangkutan.
Dengan ini, dapat difahami bahawa proses perbandaran
disokong oleh pertambahan penduduk yang terhasil dari penghijrahan, tumpuan
pembangunan dan perkembangan pekerjaan.
Walaubagaimana pun, beberapa masalah akan timbul akibat daripada penumpuan
penduduk serta permintaan yang tinggi. Oleh
itu, proses perkembangan bandar bukan
sahaja membawa kemajuan tetapi juga
diiringi dengan kewujudan masalah yang berkaitan dengan perbandaran.
Di dalam Laporan Rancangan
Malaysia Ke Lapan (EPU, 2001), tahap perbandaran meningkat dari 55.1 peratus
pada tahun 1995 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000 (Rujuk Jadual 2). Peningkatan perbandaran yang berlaku
memerlukan perancangan yang sistematik, pentadbiran yang efisien dan
perkhidmatan yang terbaik oleh pihak berkuasa tempatan. Di dalam perancangan pembangunan bandar,
proses perbandaran yang dirancang adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf
kehidupan masyarakat serta turut merangkumi pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap.
Jadual 2: Kadar Perbandaran Mengikut Negeri,
1995, 2000 dan 2005
Negeri
|
Kadar Perbandaran (%)
|
||
1995
|
2000
|
2005
|
|
Banyak Pembangunan
|
66.5
|
73.4
|
77.7
|
Johor
|
54.4
|
63.9
|
69.1
|
Melaka
|
49.5
|
67.3
|
75.3
|
Negeri Sembilan
|
47.3
|
55.0
|
58.2
|
Perak
|
56.2
|
59.5
|
65.3
|
Pulau Pinang
|
77.0
|
79.5
|
83.3
|
Selangor
|
80.8
|
88.3
|
92.7
|
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
|
100.0
|
100.0
|
100.0
|
Kurang Pembangunan
|
37.4
|
42.1
|
45.9
|
Kedah
|
35.1
|
38.7
|
43.3
|
Kelantan
|
33.5
|
33.5
|
36.7
|
Pahang
|
35.0
|
42.1
|
44.0
|
Perlis
|
29.6
|
33.8
|
38.9
|
Sabah
|
39.8
|
49.1
|
53.2
|
Sarawak
|
41.8
|
47.9
|
54.6
|
Terengganu
|
46.6
|
49.4
|
50.1
|
Malaysia
|
55.1
|
61.8
|
66.9
|
Sumber : Economic Planning Unit (2001)
Ghani (2000) menghuraikan petikan dari Murphy (1969) yang
menyatakan bahawa perbandaran di negara-negara Asia lebih menjurus ke arah pembagnunan
industri dan juga aktiviti perniagaan. Ia
melibatkan proses pertumbuhan dan juga perubahan ekonomi. Dengan perkembangan tersebut, tidak hairanlah
sekiranya tumpuan terhadap industri dan komersial yang mampu menggalakkan
proses tumbuhan ekonomi mampu menarik tumpuan ramai penduduk untuk berhijrah
dan tertumpu di sesuatu kawasan yang maju yang dilihat menjanjikan banyak peluang
pekerjaan selain menawarkan kehidupan yang lebih baik. Maka perubahan sedemikian inilah yang
dinamakan proses perbandaran.
Definasi Kawasan Kejiranan
De Chiara et al (1984: 3) mentakrifkan kawasan
kejiranan sebagai “a residential area with homogeneous characteristics, of a
size comparable to that usually served by an elementary school. A typical ideal neighborhood would be an area
¾ to 1 mile square and containing 6000 to 8000 people” (sebuah kawasan
kediaman dengan ciri yang seragam, saiz yang setanding untuk satu sekolah
rendah. Satu kawasan kejiranan unggul yang lazim terdiri dari kawasan seluas ¾ hingga
1 batu persegi dan mengandungi 6000 hingga 8000 orang”). Kawasan kejiranan menurut Gallion and Eisner
(1963: 251) melambangkan satu konsep perumahan yang unggul, sebagaimana
berikut:
“... a physical environment in which a mother
knows that her child will have no traffic street to cross on his way to school,
a school which is within easy walking distance from home. It is an environment in which the housewife
may have an easy walk to a shopping center where she may obtain the daily
household goods, and the man of the house may find convenient transportation to
and from his work. It is an environment
in which a well-equipped playground is located near the home where the children
may play in safety with their friends ...”.
Terdapat pelbagai takrif unit kejiranan
berdasarkan kepada konsep bandar taman yang diutarakan oleh Ebenezer Howard
pada tahun 1898. Salah satu daripadanya
yang popular adalah takrif yang
diberikan oleh Clarence Perry. Antara
prinsip-prinsip unit kejiranan Perry (De Chiara et al, 1984) adalah saperti
berikut:
a)
Saiz
unit kejiranan hendaklah bergantung kepada bilangan penduduk yang perlu untuk
menampung sebuah sekolah rendah.
b)
Unit
kejiranan hendaklah dikelilingi oleh jalanraya utama yang luas yang dapat
menghindarkan laluan terus dalam kawasan perumahan.
c)
Dalam
unit kejiranan, jalanraya dirancang mengikut hiraki serta peruntukan kelebaran
mengikut piawaian minima.
d)
Jaringan
jalanraya dirancang untuk mengelakkan laluan terus dalam kawasan kejiranan.
e)
Lebih
kurang 10 peratus kawasan diperuntukkan bagi kawasan lapang dan rekreasi.
f)
Sekolah
diletakkan di tengah-tengah kawasan kejiranan.
g)
Kemudahan
sosial lain juga terletak di tengah kawasan kejiranan.
h)
Rumah-rumah
adalah dalam lingkungan berjalan kaki
dari sekolah.
Pada 1992, Urban Village Group
mengilhamkan konsep bandar desa yang dinamakan Greenville (Neal, 2003:
11). Konsep ini diutarakan dengan tujuan
untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang berjaya dan boleh bertahan lama
berdasarkan sifat-sifat desa. Prinsip-prinsip utama bagi konsep bandar desa ini
adalah seperti berikut:
a)
Pembangunan
pada keluasan yang mencukupi atau critical mass.
b)
Persekitaran
yang mesra pejalan-kaki.
c)
Mempunyai
pelbagai jenis pembangunan serta memiliki peluang pekerjaan yang baik.
d)
Senibina
yang pelbagai serta rupa bandar yang lestari.
e)
Memiliki
aktiviti bercampur yang seimbang di antara perumahan dan tempat bekerja.
f)
Penyediaan
keperluan asas dari segi kemudahan membeli-belah, kesihatan dan pelajaran.
g)
Mencapai
tahap mandiri (self-sifficiency).
Latar Belakang Shah Alam
Bandaraya Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai
Sungai Renggam merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Jika dilihat pada
peta-peta lama Malaysia (sebelum Kemerdekaan), Shah Alam dirujuk dengan nama
Batu Tiga. Shah Alam telah dibuka pada tahun 1963 sebagai sebuah pusat
pentadbiran Selangor bilamana Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1
Februari 1974, dan telah diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor, dengan
perkenan DYMM Sultan Selangor pada 7 Disember
1978. Nama Shah Alam itu sendiri merupakan pilihan dan perkenan Ke Bawah
DYMM Sultan. Pada waktu tersebut, keluasan Shah Alam hanyalah 41.69 km persegi.
Namun pada 1 Januari 1997, keluasannya diperluaskan menjadi 290.3 km persegi
(berdasarkan Pelan Warta 197).
Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan bandar Shah
Alam, maka ia telah dinaikkan taraf daripada sebuah Majlis perbandaran kepada
sebuah Majlis bandaraya pada 10 Oktober 2000 (Corporate Department, MBSA 2006). Ini adalah
berdasarkan beberapa penyesuaian kriteria yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, iaitu, antara lainnya: ia
merupakan sebuah ibu negeri; mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang;
ia merupakan sebuah pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan ; serta
mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta setahun. Dengan pengisytiharan ini,
maka Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) telahpun dikenali sebagai Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pengisytiharan ini juga telah menjadikan bandaraya
Shah Alam sebagai bandaraya ke-7 di Malaysia selepas bandaraya-bandaraya yang terdahulu.
Perancangan gunatanah Bandaraya Shah Alam adalah sangat
menarik dan tersusun. Pusat bandar Shah Alam turut dikenali sebagai bandar
pentadbiran. Di sinilah terdapatnya
beberapa bangunan institusi kerajaan yang penting dan juga bangunan swasta,
seperti Bangunan Darul Ehsan, Bangunan
MBSA termasuklah Muzium Negeri dan juga Perpustakaan Negeri, dan Plaza Perangsang
dan juga pelbagai lagi kemudahan komersial.
Di samping itu, pusat bandar Shah
Alam juga menjadi lokasi utama bagi penempatan institusi kewangan seperti
Menara Maybank, Menara Affin Bank dan
juga Bank Negara. Tidak ketinggalan,
Shah Alam juga turut mempunyai kawasan rekreasinya sendiri iaitu Taman Tasik
Shah Alam yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi termasuklah
sebuah Taman Tema.
Selain daripada itu, Shah
Alam juga mempunyai kemudahan rangkaian perhubungan antara wilayah yang baik,
yang mana boleh dihubungi dengan lebuh raya dan juga jalan-jalan utama iaitu
laluan Persekutuan secara terus ke pusat bandar Shah Alam. Kemudahan perhubungan ini merangkumi:
(a)
Lebuh raya Persekutuan Kuala Lumpur-Kelang
Lebuh raya
ini merupakan rangkaian sedia ada bagi menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur
dengan kawasan-kawasan yang terletak di bahagian Barat iaitu Petaling Jaya,
Shah Alam dan Kelang.
(b) Lebuh raya Ekspres Lembah
Klang (New Klang Valley Expressway)
Lebuh raya di
sebelah utara wilayah Lembah Kelang ini menghubungkan antara kawasan di sebelah
barat Lembah Kelang seperti Shah Alam dan Kelang serta bahagian Timur Kuala
Lumpur dan kawasan berhampiran.
(c) Lebuh raya
Ekspres Shah Alam (Shah Alam Expressway)
Lebuh raya
ini merupakan laluan alternatif kepada penduduk sekitar Lembah Kelang dan juga
Shah Alam.
Bandaraya Shah Alam terletak di dalam Daerah Petaling,
Negeri Selangor Darul Ehsan. Keluasan daerah Petaling adalah 487 km persegi,
manakala keluasan Shah Alam adalah 290.3 km persegi. Berdasarkan kepada Jabatan
Perangkaan Malaysia (2003), jumlah penduduk negeri Selangor ialah seramai
1,810,000 orang pada tahun 1991, dan
bertambah kepada 3,667,500 orang pada tahun 2000. Penduduk Shah Alam pula berjumlah 148,439 pada
tahun 1991 dan telah meningkat kepada 314,440 pada tahun 2000. Data statistik tahun 1999 menunjukkan bahawa
pecahan kaum di Shah Alam menunjukkan bahawa 66.62 peratus terdiri dari kaum
Melayu, 17.56 peratus kaum Cina, 14.58 peratus kaum India dan 1.23 peratus pula
terdiri dari lain-lain kaum (Adibah Ramlee, 2001). Bagi melihat perubahan dan
pertambahan penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (dahulu Majlis
Perbandaran Shah Alam, MPSA) rujuk Jadual 3 dan pecahan penduduk mengikut
seksyen pula boleh dilihat dalam Jadual 4.
Jadual 3:
Jumlah Penduduk Shah Alam di Kawasan MBSA, 1991 dan 2000
Penduduk
|
Tahun 1991
|
Tahun 2000
|
Penduduk Lelaki
|
82,754
|
162,532
|
Penduduk Perempuan
|
75,685
|
151,908
|
Jumlah Penduduk
|
158,439
|
314,440
|
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2003)
Jadual 4: Pecahan Penduduk Shah Alam Mengikut
Seksyen
SEKSYEN
|
JUMLAH PENDUDUK (2000)
|
2
|
3,290
|
3
|
3,225
|
4
|
2,870
|
6
|
5,568
|
7
|
5,440
|
8
|
11,060
|
9
|
15,880
|
10
|
2,705
|
11
|
3,935
|
16
|
6,012
|
17
|
16,954
|
18
|
19,070
|
19
|
18,924
|
20
|
11,706
|
24
|
26,050
|
Sumber : MBSA (2001)
Analisis Kemudahan Sosial
Fatimah dan Noraziah (2004) mengutarakan bahawa penunjuk
kesejahteraan isirumah dan keluarga ialah melalui penyediaan prasarana
tertentu, yang mana mestilah mencukupi, mudah didapati dan sesuai. Ini bagi
memastikan keluarga dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan tidak
meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap komuniti setempat, masyarakat dan
persekitaran.
Terdapat beberapa kemudahan masyarakat yang terdapat di
Shah Alam Tengah termasuk sekolah, tadika, masjid, surau, dewan orang ramai dan
lain-lain. Penilaian telah dilakukan
dengan mengkaji keperluan penyediaan kemudahan awam mengikut garispanduan
kemudahan awam (MBSA, 2004) dibandingkan dengan jumlah (unit) kemudahan yang
telah disediakan di kawasan kajian. Bagi
kawasan utara Shah Alam, hanya sekolah menengah dan masjid negeri dengan
kapasiti 16,000 jemaah sahaja yang mencukupi. Rujuk Jadual 5. Sebagaimana
Jadual 6, didapati semua jenis kemudahan awam di bahagian Selatan Shah Alam
Tengah adalah tidak mencukupi.
Jadual 5: Analisis
Penyediaan Kemudahan Sosial di Utara Shah Alam Tengah
Kemudahan Masyarakat
|
Rumah/
Penduduk
|
Bil.*
|
Piawaian**
|
Keperluan
|
Penilaian
|
Sekolah Menengah (termasuk
Sekolah Agama Menengah Tg. Ampuan Jemaah
|
15106 unit
83778 orang
(berdasarkan data tahun 1999)
|
5
|
1:3000
unit rumah
|
5
|
Mencukupi
|
Sekolah Rendah
|
5
|
1:1500
unit rumah
|
10
|
Tidak mencukupi; memerlukan
tambahan 3 buah sekolah rendah
|
|
Sekolah rendah Agama (SRA)
|
2
|
||||
Tadika Awam
|
6***
|
1:500
unit rumah
|
30
|
Tadika awam tidak mencukupi;
keperluan ini dipenuhi oleh tadika swasta (25 unit)
|
|
Masjid
|
1
Masjid Negeri
|
1:10000 penduduk
|
10
|
Masjid yang terletak di tengah ini mempunyai kapasiti
untuk 16,000 orang jemaah pada
satu-satu masa adalah mencukupi.
|
|
Surau
|
19
|
1:2000 penduduk
|
42
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 23 surau
|
|
Dewan Orang Ramai
|
4
|
1:5000 orang bagi dewan
3-gelanggang
|
17
|
Tidak mencukupi,
memerlukan tambahan 13 dewan
|
Sumber: * Majlis Bandaraya Shah Alam (2000)
** Jabatan Perancangan MBSA (2004)
***
Majlis Bandaraya Shah Alam (2000) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
(2008)
Jadual 6: Analisis
Penyediaan Kemudahan Sosial di Selatan Shah Alam Tengah
Kemudahan Masyarakat
|
Rumah/
Penduduk
|
Bil.*
|
Piawaian**
|
Keperluan
|
Penilaian
|
Sekolah Menengah (termasuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Cacat Pendengaran Seksyen 17)
|
18731 unit
99406 orang
(berdasarkan data tahun 1999)
|
5
|
1:3000
unit rumah
|
6
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 1 sekolah menengah
|
Sekolah Rendah
(termasuk Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Seksyen 18 and SRJK(T) Seksyen 18)
|
8
|
1:1500
unit rumah
|
12
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 2 sekolah rendah
|
|
Sekolah rendah Agama (SRA)
|
2
|
||||
Tadika Awam
|
16***
|
1:500
unit rumah
|
37
|
Tadika awam tidak mencukupi;
keperluan ini dipenuhi oleh tadika swasta (31 unit)
|
|
Masjid
|
6
|
1:10000 penduduk
|
10
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 4 masjid
|
|
Surau
|
18
|
1:2000 penduduk
|
50
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 32 surau
|
|
Dewan Orang Ramai
|
17
|
1:5000 orang bagi dewan
3-gelanggang
|
20
|
Tidak mencukupi, memerlukan
tambahan 3 dewan
|
Sumber: * Majlis Bandaraya Shah Alam (2000)
** Jabatan Perancangan MBSA (2004)
***
Majlis Bandaraya Shah Alam (2000) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
(2008)
Penggunaan
Kemudahan Sosial
Kajiselidik kemudahan sosial telah
dilaksanakan selama seminggu iaitu meliputi penggunaan kemudahan pada hari
bekerja (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat) serta hari-hari tidak bekerja
(Sabtu dan Ahad). Kajiselidik ini telah
dilaksanakan dengan membuat catatan penggunaan kemudahan awam di kawasan kajian
serta membuat penilaian terhadap keberkesanan penyediaannya. Pengamatan yang
dijalankan selama seminggu (secara berterusan setiap hari) bagi melihat
penggunaan kemudahan awam di kawasan kajian mendapati tiada kemudahan awam yang
terbiar tanpa penyelenggaraan, cuma premis kelihatan lengang sewaktu
kajiselidik dilaksanakan. Kajian mendapati kebanyakan daripada kemudahan awam
yang disediakan digunakan secara intensif di waktu petang (selepas waktu
pejabat), kecuali kemudahan berbentuk tadika atau taska, ataupun sekolah,
klinik, surau atau masjid. Kebanyakan taman permainan, padang, atau ruang
rekreasi, kompleks sukan dan dewan digunakan di waktu petang dan hampir
keseluruhan aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk sukan, permainan dan
riadah. Keadaan begini juga didapati
berlaku pada hari cuti hujung minggu.
Hasil kajian pengamatan menunjukkan bahawa kemudahan
padang serta taman permainan kanak-kanak adalah tidak mencukupi hampir di
setiap seksyen di Shah Alam tengah. Kemudahan
padang serta taman permainan ini sangat penting kerana ia merupakan tempat
riadah pada waktu petang atau cuti hujung minggu bagi penduduk setempat. Kekurangan kemudahan awam dan kemudahan
sokongan ini akan menyebabkan kesukaran di dalam melaksanakan sebarang aktiviti
dan program bagi mempertingkatkan gaya hidup bagi sesebuah masyarakat umumnya
dan pada jangkamasa panjang menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat setempat.
Hasil analisis ini melihatkan kepincangan
dalam penyediaan dan penggunaan kemudahan awam.
Jika dibandingkan dengan piawaian, didapati banyak kemudahan yang
kurang; namun walaupun tidak mencukupi,
tiada berlaku kesesakan dan perebutan dari segi penggunaan kemudahan-kemudahan
tersebut. Jelaslah disini bahawa
kurangnya aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan diperingkat kejiranan untuk
memanfaatkan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan.
Surau dan kawasan rekreasi di Jalan Kerayong yang sunyi
tanpa aktiviti pada waktu pagi.
Kawasan lapang di Jalan Nanas dan dewan bola tampar di
kawasan Seksyen 4 yang lengang pada sebelah pagi.
Kompleks Sukan dan padang di kawasan Seksyen 6 yang lebih
dimanfaatkan pada sebelah petang
Berdasarkan kepada Buku Maklumat Perangkaan
Malaysia 2003 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003), perbelanjaan mengurus
Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial merangkumi 37.8 peratus dari
keseluruhan perbelanjaan negara (Rujuk Jadual 7). Ini menjelaskan bahawa
kerajaan sememangnya menitikberatkan aspek sosial di dalam perancangan dan
pembangunan negara, demi mencapai hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan taraf
hidup sosio ekonomi penduduk negara. Hasil
kajiselidik juga menunjukkan tiada kemudahan awam yang terbiar tanpa
penyelenggaraan, cuma kelihatan lengang sewaktu kajiselidik dilaksanakan.
Jadual 7 :
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan, 2003
Perbelanjaan Negara
|
Pembahagian Perbelanjaan
|
Perkhidmatan Sosial
|
37.8%
|
Keselamatan
|
13.9%
|
Perkhidmatan Ekonomi
|
9.3%
|
Pentadbiran Am
|
11.3%
|
Lain-lain
|
27.7%
|
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003
Lain-Lain Kemudahan Sosial
Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan
awam yang dianggap istimewa dan berfaedah untuk penduduk di kawasan kajian.
Antaranya ialah Kompleks Warga Emas yang terletak di Seksyen 24, Pusat Khidmat
Teknologi (Pusat IT) yang terletak di Seksyen 8, Seksyen 16, 17, 19 dan Seksyen
24 dan Kompleks KASIH Keluarga di Seksyen 16. Ringkasan kepada kemudahan-kemudahan ini diberikan di bawah:
Kompleks
Warga Emas Shah Alam
Kompleks Warga Emas seluas 4 hektar telah
dibina di Seksyen 24 dan menelan belanja RM8.2 juta, merupakan sebuah kompleks
berbentuk kelab keahlian, yang dibina khusus bagi golongan warga emas. Tujuan ianya dibina adalah bagi membolehkan golongan warga tua
menganjurkan sebarang program atau aktiviti kemasyarakatan di samping
mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan muda dan tua. Ia mula dibuka
pada awam awal Januari lepas, dan menggalakkan penyertaan pengguna atau ahli
kelab yang berumur 56 tahun ke atas. Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan, gymnasium, surau, kafetaria dan bilik persidangan
yang boleh menempatkan 100 orang pengguna. Walaupun kompleks tersebut dinamakan
sebagai Kompleks Warga Emas, namun is tetap dibuka kepada semua peringkat
golongan masyarakat. Kebaikan yang jelas di sini ialah kerana dengan terbinanya
bangunan kemudahan awam dan kelab bagi golongan tua ini ialah ianya dapat
menggalakkan golongan untuk beraktiviti, berkumpul, menggunakan masa yang
terluang, seterusnya menjalinkan hubungan sesama penduduk Shah Alam.
Kompleks Warga Emas di Seksyen 24.
Kompleks
Warga Emas Shah Alam
Pusat
Khidmat Teknologi (Pusat IT Komuniti)
MBSA telah mengorak langkah untuk menubuhkan Pusat Khidmat
Teknologi atau lebih dikenali sebagai Pusat Komuniti IT di Shah Alam. Ia
merupakan kemudahan awam yang disediakan berbentuk bangunan yang dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti komputer, akses internet, dan bilik
mesyuarat. Di kawasan kajian, Pusat Komuniti IT boleh didapati di Seksyen 8,
Seksyen 16, Seksyen 17, Seksyen 19 dan Seksyen 24. Tujuan utama penubuhan Pusat
Komuniti IT ini adalah bagi mewujudkan sebuah komuniti yang pintar di dalam teknologi
maklumat dan komunikasi. Di samping itu, memberi pendedahan kepada warga Shah
Alam terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik.
Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada pelbagai peringkat
masyarakat mendekati dunia siber. Selain itu, tujuan asal kerajaan negeri
menyediakan kemudahan ini adalah bagi memudahkan penduduk Shah Alam menggunakan
khidmat IT dan sekaligus menggalakkan penduduk untuk menjalankan aktiviti
sihat. Penekanan sasaran pengguna bagi
Pusat IT ini adalah terhadap golongan murid tadika, murid sekolah rendah, murid
sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, belia lepasan sekolah,
orang dewasa, suri rumah dan pesara.
Kemudahan di dalam Pusat IT di dewan Seksyen
19
Kompleks
KASIH Keluarga
Kompleks KASIH Keluarga yang ditadbir oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor Darul Ehsan yang terletak di
Seksyen 16, Shah Alam merupakan Kompleks KASIH Keluarga yang pertama di
Malaysia. Objektif utama penubuhan Kompleks KASIH Keluarga adalah bagi
menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh,
berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti,
mesra pengguna dan berkesan. Fungsi Kompleks KASIH Keluarga adalah untuk
melaksanakan program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang
boleh mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek
keibubapaan dan kekeluargaan. Terdapat
pelbagai bentuk perkhidmatan yang disediakan di Kompleks KASIH Keluarga seperti
perkhidmatan klinikal, perkhidmatan latihan dan pembelajaran, kaunseling,
promosi dan advokasi serta penyelidikan dan pembangunan. Dengan adanya pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan sebegini, maka ia diharap dapat membantu
mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat di Shah Alam khususnya.
Kemudahan Kompleks KASIH Keluarga Negeri Selangor yang
terletak di Seksyen 16
Pembangunan
Masyarakat di Shah Alam
Pembangunan masyarakat ditekankan dalam
Rancangan Malaysia ke 9, 2006-2010 bertujuan untuk “memupuk nilai positif,
menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat ...
serta menanam semangat berdikari ...”. Bagi
kawasan bandar, Jawatankuasa Rukun Tetangga memainkan peranan untuk “menggalakkan
penyertaan masyarakat dan memupuk hidup berjiran serta membantu mengurangkan
jenayah di kawasan perumahan. Persatuan
penduduk serta kelab sosial dan rekreasi akan terus digalak untuk memperluaskan
program jangkauan sosial untuk menyemai sikap saling menghormati dan bertolak
ansur di kalangan pelbagai masyarakat.” (Unit Perancang Ekonomi, 2006:
337).
Majlis
Bandaraya Shah Alam
Jabatan Korporat bertanggungjawab dalam hal
ehwal masyarakat di Majlis Bandaraya Shah Alam.
Terdapat empat unit dalam jabatan ini iaitu unit perhubungan awam, unit
sukan, unit pembangunan masyarakat dan unit budaya dan pelancongan. Peranan
jabatan ini melibatkan urusan perhubungan awam, pengendalian aduan-aduan awam,
mengeluarkan siaran akhbar dan menganjur acara-acara; memperkenalkan dan
mempromosi aktiviti Majlis serta
menyelaras dan mengaturkan pelbagai aktiviti. Bermula dari Mac 2003, Shah Alam
telah dibahagikan kepada zon-zon mengikut
Majlis Perwakilan Penduduk – MPP yang baru ditubuhkan. Menurut Jabatan Korporat MBSA
objektif-objektif bagi penubuhan MPP adalah seperti berikut (Jabatan Korporat, MBSA, 2006: 1-2):
a)
Memperkukuh
dan memperkemaskan fungsi dan tugas Ahli Majlis sebagai pengantara yang
menghubungkan Majlis dan penduduk.
b)
Menjadi
pengantara menyalurkan maklumat dan peraturan Majlis kepada penduduk.
c)
Menjadi
pengantara menyalurkan aduan, permohonan, masalah dan kehendak penduduk kepada
Majlis.
d)
Menggalakkan
penyertaan penduduk dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis.
e)
Memantau
aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai persatuan penduduk di zon.
f)
Menyelaraskan
bentuj bantuan yang seimbang kepada pelbagai persatuan penduduk di zon.
g)
Melaksanakan
aktiviti Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
h)
Mengenalpasti
kerja pembaikan kecil / infrastruktur dan keceriaan taman yang perlu dibuat
untuk keselamatan dan kemudahan orang awam.
i)
Melahirkan
masyarakat berilmu melalui penganjuran acara akademik dan latihan berbentuk
ilmiah.
j)
Memantai
kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Majlis bagi menjalankan tugas dengan
sempurna untuk keselesaan masyarakat.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah disenaraikan bagi Majlis
Perwakilan Penduduk (MPP). MPP zon adalah bertanggungjawab bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti dalam zon-zon mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk MPP zon adalah: mengenalpasti pembaikan kecil infrastruktur
di kawasan masing-masing; gotong-royong dari masa ke semasa; kempen-kempen
kejiranan, kebersihan, denggi, dadah dan masalah-masalah sosial;
ceramah/form/dialog; sambutan perayaan; aktiviti mesra rakyat; aktiviti sukan;
aktiviti pengisian rohani, moral dan etika dan aktiviti berbentuk ilmiah
(Jabatan Korporat, MBSA, 2006: 10).
Berdasarkan laporan aktiviti-aktiviti untuk
2007 MBSA (Jabatan Korporat MBSA, 2007), berikut adalah aktiviti yang telah
dijalankan:
a)
Senamrobik
pada setiap hari Ahad.
b)
Pameran
anggerik bulanan.
c)
Hari
bertemu pelanggan yang diadakan dua atau tiga kali sebulan.
d)
Ceramah
@ zon yang diadakan di zon-zon berlainan setiap bulan.
e)
Ceramah
pembangunan wanita dan seminar pembangunan wanita.
f)
Aktiviti
sukan (karnival sukan MPP, berbasikal rekreasi, pertandingan futsal dan
tarik-tali, Larian 10km. Shah Alam, pertandingan ping-pong, pertandingan
memancing, MPP exciting race, treasure hunt dan green
adventure race).
g)
Hiburan
dan pertunjukan (Band Idola 07, riang ria fiesta Selangor, festival keroncong
remaja, D’Muzik@LB, karaoke dan pertandingan nyanyian).
h)
Program
untuk kanak-kanak dan remaja (adventure based learning camp Kelab 1221
MBSA, outdoor living skills camp, bengkel menjawab kertas peperikaan
UPSR, PMR dan SPM, klinik pembangunan sukan bola tampar, seminar pembangunan
belia dan remaja).
i)
Aktiviti
lain (forum hiwar Islam, program penanaman pokok, festival marhaban dan berzanji,
cabaran 50 jam merdeka, seminar garis panduan skim komuniti berpagar bersama
penaju dan persatuan penduduk, taklimat perbadanan pengurusan bersama MPP dan
kempen kitar semula peringkat sekolah).
Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adakah
agensi paling penting dalam penyediaan TADIKA dan pusat penjagaan anak (TASKA)
dalam kawasan kajian. KEMAS menguruskan dua puluh lima (25) tadika-tadika
(termasuk empat untuk kakitangan jabatan polis dan satu untuk kakitangan
jabatan bomba dan penyelamat) dan dua (2) pusat penjagaan bayi di Shah Alam tengah. Selain menguruskan
TADIKA dan pusat penjagaan anak, KEMAS juga mempunyai program-program lain
saperti pendidikan kesejahteraan keluarga, gerakan daya wawasan (tumpuan kepada
pembangunan luar bandar), dan program bina insan selain mengurus pusat-pusat
sumber (terutama di kawasan luar bandar).
Program pendidikan kesihatan keluarga yang
bermula sebegai sebuah kelas ekonomi rumahtangga pada 1963, telah berpindah ke
unit pembangunan keluarga. Pada 1996 program ini telah diletakkan di bawah unit
pembangunan manusia dan semenjak 2003 ia telah diletakkan di bawah bahagian
pendidikan masyarakat. Objektif-objektif bagi pendidikan kesihatan keluarga termasuk:
untuk mendedahkan peranan wanita dalam memperkukuhkan institusi keluarga,
masyarakat dan negara; untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran-kemahiran dalam
keluarga pengurusan sumber-sumber dan bagi mengenal pasti dan menggunakan
kemudahan-kemudahan boleh didapati untuk keadaan kesihatan keluarga (Jabatan Kemajuan
Masyarakat - Laman web KEMAS, n.d.).
Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat Selangor,
program pendidikan kesihatan keluarga telah dikendalikan dalam beberapa tempat
di sekitar Shah Alam tengah pada 2007 seperti berikut:
a)
Dewan orang
ramai, Jalan Rajawali 6/6, Section 6.
b)
Dewan
orang ramai, Section 18 Selatan, Jalan Pinang Siri.
c)
SIRIM
Berhad, Persiaran Dato’ Menteri, Section 2.
d)
Dewan
MBSA 24 Damai, Jalan Cili Hijau 24/27, Section 24.
e)
Dewan
MBSA 24 Permai, Section 24.
KEMAS
telah juga menjalankan beberapa program bina Insan di sekitar Shah Aklam tengah
pada tahun 2007 di lokasi-lokasi berikut:
a)
Dewan
orang ramai, 24B Jalan Cili Hijau, Seksyen 24.
b)
Dewan
orang ramai / Tadika Section 18B, Jalan 18/15C, Seksyen 18.
c)
Surau
An-Nur, Jalan Kijang Dua, Seksyen 20.
d)
Dewan
orang ramai / Tadika 17 Renggam, Seksyen 17.
e)
Pangsapuri
PKNS di Seksyen 20.
f)
Tadika
Rumah Pangsa JKR, Seksyen 24 (Titiwangsa).
g)
Aras
Bawah, Blok 18, Seksyen 24.
h)
Tadika
Seksyen 24 Permai.
i)
Dewan
orang ramai, Seksyen 18 Selatan, Jalan Pinang Siri 18/3, Seksyen 18.
j)
Dewan
Orang Ramai Seksyen 24 Setia.
Program Kemasyarakatan
Dari segi kemasyarakatan, terdapat tiga puluh
satu (33) kumpulan komuniti yang berdaftar dengan MBSA pada 2002. Ujudnya kumpulan komuniti ini menunjukkan bahawa
terdapat usaha-usaha untuk menyatukan penduduk dan menjalin kerjasama di
kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti-aktiviti bermanfaat dalam
kediaman kejiranan. Malangnya, Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSA tidak
mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti itu yang telah diatur oleh kumpulan
komuniti ini. Walau bagaimanapun, kajian ini berjaya mengumpul maklumat
mengenai aktiviti-aktiviti berorganisasi oleh masjid-masjid dan surau di
sekitar Shah Alam tengah. terdapat empat puluh empat (44) masjid dan surau
dalam kawasan kajian. Maklumat mengenai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh
masjid dan surau telah dikumpulkan dengan melawat serta menghubungi
jawatankuasa masjid dan surau tersebut.
Terdapat beberapa masjid dan surau dalam Shah
Alam tengah yang mempunyai atau menguruskan tadika dan sekolah-sekolah agama.
Contoh-contoh adalah Tadika Ar-Raudhah di surauh Seksyen 2, Taski Al-Hidayah di
masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Taski Abim Al-Ubudiah di masjid Al-Ubudiah,
Seksyen 19, Sekolah Integrasi Islam Al Amin yang dimiliki oleh masjid Al-Amin
di Seksyen 17, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Azhariah di masjid Al-Azhariah dan
madrasah Al-Ehsaniah KAFA Integrasi di masjid Al-Ehsan, Seksyen 24.
Berdasarkan maklumat didapati daripada masjid
atau jawatankuasa-jawatankuasa surau, beberapa jenis acara telah diatur,
antaranya:
a.
Aktiviti-aktiviti
keagamaan biasa seperti kelas membaca Al-Quran / syarahan-syarahan agama harian/mingguan,
kelas fardhu Ain, kursus-kursus haji dan haji umrah dan sesi-sesi pengajian keagamaan
lain termasuk program pendidikan awam yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri
(JAIS).
b.
Aktiviti-aktiviti
khas berdasarkan kalendar Islam iaitu saperti awal Muharram, Isra' dan Mi'raj, Nisfu Syaaban
dan perayaan maulidur Rasul, penyembelihan Qurban pada Hari Raya Haji, program bulan
Ramadan dan sebagainya.
c.
Sambutan
perayaan saperti Hari Raya dan majlis dianjur oleh ahli qariah saperti tahlil
arwah, doa selamat, aqiqah, berzanji dan gotong royong dalam majlis perkahwinan
dan sebagainya.
d.
Program-program
pendidikan dan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar yang mengambil
peperiksaan perdana (UPSR, PMR, SPM), program motivasi remaja, khemah keagamaan
untuk kanak-kanak sekolah, kelas-kelas komputer untuk remaja dan orang-orang
dewasa, kursus kemahiran pembelajaran (contohnya peta minda), program rakan
masjid dan sebagainya.
e.
Membantu
dalam fardhu kifayah seperti pengebumian (termasuk menyediakan pengangkutan)
dan solat hajat sebelum kanak-kanak menduduki peperiksaan perdana.
Selain dari program-program tersebut di atas,
terdapat juga usaha-usaha oleh beberapa masjid dan surau untuk mengelolakan
program lain. Sebagai contoh, masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (atau masjid Negeri) telah menganjurkani
karnival Mesra Masjid, acara 3-4 hari ini meliputi pameran, pertandingan nasyid dan gerai-gerai
jualan. Surau Platinum Al-Mawaddah di Seksyen 7 telah menganjurkan satu kursus
motivasi keluarga (keibubapaan dan keluarga bahagia), persediaan kewangan mengikut
Islam untuk usia emas dan ceramah dari Persatuan Pengguna Islam. Jawatankuasa ini juga telah mengatur lawatan
ke rumah anak yatim dan menganjurkan kutipan derma untuk perjuangan Palestin.
Masjid Al-Ubudiah di Seksyen 19 pula telah menganjurkan perkhidmatan kaunseling
undang-undang syariah dan keluarga dan menubuhkan satu kelab belia yang telah
menganjurkan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti lawatan ke
universiti-universiti awam dan kelas pondok, motivasi dan kem pembangunan diri,
kelas-kelas tuisyen, kumpulan belajar (study groups), dan aktiviti rekreasi.
Masjid Al-Huda di Seksyen 19 mempunyai program khas berkaitan dengan isu-isu
wanita dan juga telah menganjurkan perbincangan kesihatan.
Daripada data mengenai program kemsayarakatan
di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat kesedaran bagi memulakan program
inovatif yang boleh membawa faedah-faedah untuk penduduk-penduduk tempatan.
Program kemasyarakatan ini perlu di galakkan melalui sokongan berterusan
daripada pihak berkuasa tempatan (input daripada MPP zon) dan di pertingkatkan lagi
dengan melibatkan pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan pihak swasta setempat.
Perancangan Unit Kejiranan Bandar
Kehidupan masyarakat yang sejahtera di kawasan
kejiranan di bandar-bandar memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Komunikasi berkesan di antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan, serta di
antara penduduk sendiri adalah penting bagi mencapai keharmonian serta
kesejahteraan dalam sesebuah masyarakat. Melalui aktiviti-aktiviti sosial yang
diadakan secara berterusan, penduduk-penduduk dapat berkenalan satu sama lain
dan mengukuhkan persahabatan mereka dan meningkatkan semangat kejiranan dalam
masyarakat.
Dalam merancang kawasan perumahan baru,
penekanan perlu diberikan terhadap aspek sosial. Rekabentuk susun atur perumahan hendaklah
lebih kreatif dan harus menggalakkan perkenalan, interaksi dan menggalakkan
semangat kejiranan. Satu contoh reka bentuk perumahan yang inovatif adalah
konsep perancangan tessellation dan perumahan sarang lebah (honeycomb).
Menurut Mazlin, Durack dan Davis (2005: 71), “susunan fizikal ini
memperkenalkan interaksi bersifat perkauman dan keselamatan daripada lalu
lintas dan jenayah”. Banyak lagi idea-idea inovatif baru dalam perancangan
kediaman dan rekabentuk susun atur hendaklah diperkenalkan dalam kawasan bandar
untuk mewujudkan masyarakat bandar yang sejahtera, harmoni dan bersatu-padu.
Dalam kawasan perumahan sediada, kesedaran
serta usaha-usaha bagi pembangunan masyarakat perlu di pertingkatkan. Pihak
berkuasa tempatan dan masyarakat setempat harus bekerjasama untuk
menganjurkan program-program komuniti
dan aktiviti-aktiviti untuk pelbagai kumpulan masyarakat - kanak-kanak, belia,
wanita, tua, kurang upaya dan sebagainya. Kemudahan sosial sediada seperti
pusat komuniti sekolah-sekolah dan masjid-masjid hendaklah dimanfaatkan untuk
keperluan penduduk tempatan. Usaha membangunkan masyarakat memerlukan kerjasama
daripada sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umumnya. Semangat
kesukarelaan adalah satu ramuan penting untuk pembangunan masyarakat
berjaya.
Lewis Mumford (1937) menekankan kepada penting
nya mengambilkira keperluan sosial dalam merancang kawasan kejiranan di
bandar. Beliau menyatakan bahawa “...
today we must treat the social nucleus as the essential element in every valid
city plan: the spotting and inter-relationship of schools, libraries, theaters,
community centers is the first task in defining the urban neighborhood and
laying down the outlines of an integrated city” (p.185).
Rujukan
Adibah Ramlee (2001), Kajian Kehidupan Kejiranan di Kondominium. Kes
Kajian: Seksyen 9, Shah Alam, Tesis UiTM Shah Alam, Tidak diterbitkan.
Breese, Gerald (1966), Urbanization in Newly Developing Countries,
Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall Inc.
Corporate Department, MBSA (2006), Shah Alam City Council Profile, Shah
Alam City Council, dilihat 2 Mei 2008,
Davis, Kingsley (1965), The Urbanization of Human Population dalam Cities,
Scientific American (ed), New York: Alfred A. Knopf Inc., pp. 2-24.
Davis, Kingsley (1973), Introduction in Cities: Their Origin, Growth
and Human Impact, Scientific American (ed), San Francisco: W.H. Freeman
Company, pp. 1-6.
De Chiara, Joseph, Julius Panero and Martin Zelnik (eds) (1984), Time-Saver Standards for Housing and
Residential Development, New York: McGraw-Hill Book Company.
Dear, Michael J. dan Allen J. Scott (eds) (1981), Urbanization and
Urban Planning In Capitalist Society, London and New York: Methuen &
Co. Ltd,.
Detwyler, Thomas R. dan Melvin G. Marcus (1972), Urbanization and
Environment, Belmont, California: Wadsworth
Publishing Company, Inc.
Economic Planning Unit (2001), Eighth Malaysia Plan, 2001-2005, Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Fashbir Noor Sidin (2000), Industrialisasi dan Modenisasi: Kesan
Terhadap Pembangunan Bandar dalam Perbandaran dan Perancangan Persekitaran,
Mohd. Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin (eds), Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd., pp. 38-54.
Fatimah Abdullah dan Noraziah Ali (2004), Penunjuk Kesejahteraan
Isirumah dan Keluarga. dalam Indicators of Sustainable Development.
Assessing Changes in Environmental Conditions, A. Latiff, Pereira, J.J.,
A.Hezri Adnan and Aldrie, E.E. (eds) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI), UKM, Bangi.
Fischer, Claude S. (1976), The Urban Experience, New York:
Harcourt Brace Jovanovich, Inc.
Gallion, Arthur B. and Simon Eisner (1963), The Urban Pattern: City Planning and Design (2nd. edition),
Princeton: D. Van Nostrand Company, Inc.
Ghani Salleh (2000), Urbanisation & Regional
Development In Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Goh Ban Lee (1991), Urban Planning In Malaysia: History, Assumptions and Issues, Petaling
Jaya: Tempo Publishing (M) Sd. Bhd.
Graham, Stephen. dan Simon Marvin ( 2001), Splintering Urbanism :
Networked Infrastructures, Technological Mobilities and The Urban Condition,
London: Routledge, Taylor and Francis Group.
H.M. Dahlan (1997), Urbanisasi: Alam Kejiwaan Sosial Dan Pembangunan,
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hauser, Philip M. (1965), Urbanization: An Overview dalam The Study
of Urbanization, Hauser, Philip M. and Leo F. Schnore (eds), New York: John
Wiley and Sons Inc., pp. 1-47.
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (2006), Garis Panduan
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sesi 2006/2008, Shah Alam: Jabatan
Korporat, MBSA.
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (2007), Laporan
Aktiviti Majlis Bandaraya Shah Alam 2007, Shah Alam: Jabatan Korporat,
MBSA.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2003), Buku Maklumat
Perangkaan Malaysia 2003, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan, Malaysia.
Jabatan Perancangan, Majlis Bandaraya Shah Alam (2004), Garis
Panduan bagi Kelulusan Kebenaran Merancang dan Piawaian Perancangan, Shah
Alam: Jabatan Perancangan, MBSA.
Jones, Emrys (1966), Towns and
Cities, London: Oxford University Press.
Lampard, Eric E. (1965), Historical Aspects of Urbanization dalam The Study of Urbanization, Hauser,
Philip M. and Leo F. Schnore (eds), New York: John Wiley and Sons Inc., pp.
519-554.
Majlis Bandaraya Shah Alam (2000), Maklumat Kemudahan
Awam di Kawasan MBSA (sehingga Julai 2000), Shah Alam: MBSA.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) (2001), Maklumat Asas Shah Alam,
Shah Alam: MBSA.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) (2004), Garispanduan Perancangan
MBSA 2004, Shah Alam: MBSA.
Mazlin Ghazali, Michael J. Durrack and Mohd. Peter Davis (2005),
Tessellation Planning and Honeycomb Housing, Planning Malaysia – Journal of the
Malaysian Institute of Planners (2005) III, pp.71-98.
Mumford, Lewis (1937), What is a City? Architectural Record,
Vol. 82, Nov. 1937, pp. 184-188.
Neal, Peter (2003), An Urban Village Primer dalam Urban Vilages and
the Making of Communities Neal,
Peter (ed), London: Spon Press.
Pang Teck Wai (1989), The Role of the Private Sector in
the Urban Economy and In The Process Of Urbanisation : An Economic Perspective.
dalam Urbanisation and Development :
Prospects and Policies For Sabah Beyond 1990, Mohd. Yaakub Hj. Johari et al. (eds), Kota
Kinabalu: Institute For Development Studies Sabah.
Reissman, Leonard (1970), The Urban Process: Cities in Industrial
Societies, New York: The Free Press.
Sennett, Richard (1969), An Introduction dalam Classic Essays on the
Culture of Cities, Sennet, Richard (ed), New York: Appleton-Century-Crofts,
Meredith Cor-poration, pp. 3-19.
Sha’ban Muftah Isma’il (1997), Women, Economic Growth and
Development in Malaysia, Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn. Bhd.
Sjoberg, Gideon (1973), The Origin and Evolution of Cities dalam Cities: Their Origin, Growth and Human
Impact, Scientific American (ed), San Fransisco: W.H. Freeman and Company, pp. 19-27.
Tisdale, Hope (1942), The Process of Urbanization, Social Forces,
Vol. 20, No. 3, pp. 311-316.
Unit Perancang Ekonomi (2006), Rancangan Malaysia Kesembilan 2005-2010,
dilihat 31 Julai 2006,
United Nations (2006), The Habitat Agenda: Istanbul Declaration on
Human Settlements, dilihat 7 August 2008,
United Nations Development Programme (UNDP) (2001), Human
Development Report 2001 : Making New Technologies Work For Human Development,
New York: Oxford University Press, Inc.
United Nations Development Programme (UNDP) (2007), Human Development
Report 2007/2008 dilihat 19 January 2008,